Tuesday, July 7, 2009

ular membelit sehebat ular berbisa

...ular dengan lidahnya bercabang...
sinonim dengan manusia lidah bercabang..iaitu "kuat menipu".. "putar belit cerita"..idea ni aku dapat dari personaliti sesorang yang mahu menyelamatkan diri dari kantoi dengan aweknya..and akhirnye menggunakan jalan terbaik untuk menyelamatkan dirinye.. menarikkan..??pada kebiasaanye digunakan untuk memanupulasi keadaan yg agak tegang.. bagi yang bertujuan baik 2, Alhamdulillah..tapi yang buruk 2,keadaan menjadi lebih sulit..

spesis ular ni same je habitnye..membelit n mematuk!!

habitnya biasa dilakukan oleh lelaki yang tidak berani mendedahkan identiti or menipu pasangannya..buruk betol perangai mereka!!

ular akan menular mencari mangsanya,n diantara mangsanya adalah org yg lemah..
umpama lelaki yg mencari pompuan yang boleh cair dgn setiap perkataannye..dengan kelemahan itu,mangsa akan ditipu dgn perbuatannya..
kebiasaanya,situasi berlaku apa bila lelaki itu kantoi dengan perempuan lain..kuar dengan perempuan lain..or menjalinkan hubungan sulit dengan perempuan lain..

mengapa perkara seperti ni sering berlaku??
>>kerana adanya sifat tidak pernah bersyukur dengan ape yang diperolehi..mencari kepuasan diri tanpa memikir orang lain..dengan adanya sifat BONGKAK..TA'BUR..SOMBONG..ANGKUH.. dan PENTINGKAN DIRI SENDIRI maka terjadi la perkara seperti ini..mereka tidak akan puas selagi ape yg mereka inginkan tidak akan tercapai..contohnya,..ingin memiliki wanita yang sempurna dimatanya..ape yg mereka perolehi tidak menepati ciri2 yg mereka mahukan, maka dengan itu mereka mengambil kesempatan terhadap kebaikan yang diberikan oleh pasangan mereka..ada situasi yang boleh contoh n menjadi tatapan buat pembaca blog aku ni..

SITUASI 1:
"kes penceraian sepasang suami & isteri"
selepas menjadi kehidupan sebagai suami isteri selama setahun lebih, si A telah bertemu semula dengan kekasih lama..dari hari itu, si A telah menjalinkan hubungan semula bersama bekas kekasihnya itu..hubungan mereka bukan hanya sebagai kekasih,malah seperti sepasang suami isteri..kerana mereka telah melalukan hubungan terlarang dan terkutuk bersama-sama..
dalam waktu hubungan cinta berputik, isteri kepada A sedang sarat mengandung.. A pula melayan bahteranya dengan bekas kekasihnya kerana tidak berpeluang melakukan perkara tersebut terhadap isterinya yang sarat mengandung anak pertama mereka..
akhirnya..
perbuatan mereka dihidu oleh isterinya dengan 1 panggilan tidak terjawap..
dan berlakulah pertengkaran antara mereka..
si A sanggup menghalau isterinya dari rumah & melafazkan cerai beberapa kali..
isterinya menyifatkan perbuatan ini berlaku akibat dari bekas teman wanita A..
isteri A mengambil keputusan untuk berjumpa dengan bekas teman wanita A..tetapi isterinya disalahkan kerana menganggu hubungan mereka & mengganggu wanita tersebut..
apabila waktu kelahiran tiba..
si A & teman wanitanya itu sedang menikmati percutian di Johor..
isteri A meminta supaya A balik & menyambut kelahiran anak mereka..
tetapi..
A menolak permintaan isterinya dengan alasan bekerja..
apabila isteri A selamat melahirkan anak mereka..
A telah membuat tuntutan penceraian di makamah..
dengan alasan:
tiada persefahaman
isterinya melakukan hubungan dengan lelaki lain hingga melahirkan anak
isteri nya tidak menghormatinya sebagai seorang suami..
isteri tidak menghormati keluarga A
isterinya tidak melakukan tanggung jawap sebagai isteri..
maka bercerai lah mereka dengan talak 1..
rujukan:
isterinya adalah seorang isteri mithali yang setia n jujur pada suami..
patuh dengan setiap suruhan suami.. dan tidak pernah curang..
seorang ibu yang baik..
sanggup bersusah demi mempertahankan rumah tangga..
berkorban demi anak yang bakal dilahirkan walaupun dilayan seteruknya,
dimaki hamun oleh keluarga A, dimalukan rakan sepejabat,
dihina masyarakat sekeliling..

dengan ketabahan isterinya sekarang..
hidup isterinya telah berubah..
dia menjadi lebih bahagia disamping anaknya..
membina kehidupan bersama anaknya..

SITUASI 2
>>X (lelaki) dan Y (perempuan)<<
sepasang kekasih yang bersama selama 2 tahun.. berkawan n menjadi sepasang kekasih atas perkara suka sama suka.. dalam keseronokkan menjalani kehidupan sepasang kekasih.. ada juga kesedihan terselit dalam hubungan mereka.. pasangan mereka memang nampak normal dimata orang yang lain tidak kengetahuinya. mereka menjalani kehidupan seperti pasangan yang lain.. tetapi.. X mempunyai habit yang suka menipu untuk menyelamatkan dirinya.. Y pula mempunyai firasat yang sangat mendalam mengenai X.. suatu hari.. X telah berjumpa dengan seorang perempuan di sebuah shopping complex ternama.. maka.. kawan kepada Y yang bekerja di shoppig complex itu telah terserempak dengan mereka.. kawan kepada Y telah memberitahu situasi tersebut dengan Y dan memberikan MMS kepada Y untuk kesahihan cerita tersebut.. Y menalifon X utk menanyakan keberadaan X.. tapi telefonnya dimatikan atas dasar tidak mahu bersedih atas perletakkan jawatannya.. apabila X menemui Y seperti biasa dilakukannya setiap pulang dari kerja.. Y menanyakan mengapa X mematikan telefon bimbitnya.. X hanya menjawap tidak mahu diganggu dan dia dalam kesedihan atas perletakkan jawatannya. Y bertanya kan kepada X kemana kah X pergi setelah seharian tidak masuk ke ofis? X menjawap,dia hanya pergi menenagkan fikiran di petaling street & klcc hanya pergi berseorangan.. dalam hati Y.. (hanya tuhan yang tahu) Y tidak bercadang untuk bertanyakan kepada X hal itu.. kerana Y mengetahui..Y akan disalahkan.. kerana X tidak pernah rasa bersalah n kesal dengan perbuatan yang telah dilakukannya.. Y bercadang untuk menunggu penjelasan sebenar..
kerana kesilapan yang dilakukan oleh X tuhan akan tunjukkan..


SITUASI 3
>>siti , abu , laura<<
(bukan nama sebenar)
siti dan abu sudah lama berpacaran..tetapi hubungannya telah bergoncang akibat munculnya orang ke-3 dalam hubungan mereka..
abu telah mengkhianati hubungan mereka dgn mengada hubungan bersama org lain..
abu mempunyai sifat panas baran yang sukar dikawalnya..
kerap kali die memukul siti atas menutupi kesalahannya sendiri..
abu pandai bermain kata dan memanupulasikan keadaan..
ape yang dilakukannya untuk mendapat kepuasan dirinya..
abu telah berkenalan dgn seorang wanita iaitu laura..
laura seorang kerani & berpendidikan tinggi..
laura seorang gadis cantik
dengan kecantikannya dijadikan alat untuk mendapat kemewahan hidup.
abu telah terpedaya dengan kecantikan laura
lalu mempertaruhkan cinta kepada laura..
abu mempertaruhkan harapan supaya mendapatkan laura menjadi sebahagian dari hidupnya

akibatnya..
perbuatan abu telah dihidu oleh siti..
siti bertanyakan hal sebenar kepada abu..
tetapi abu berang & menafikan perbuatannya
abu memukul siti
memaki hamun siti
hanya kerana ingin menafikan perbuatannya itu.
siti meminta bantuan rakannya utk mengetahui perkara sebenar..
siti telah pergi berjumpa dengan laura untuk memintanya berterus terang
laura mengaku hubungannya dengan abu..
siti berasa kesal dengan ape yang berlaku..
siti hanya berdiam & melihat lakonan abu didepannya..
ternyata sifat abu mula berubah hari demi hari..
laura meminta abu untuk memutuskan hubungannya dengan siti
sikap abu yang suka menipu membuatkan abu terpedaya dengan permintaan laura
abu mencari jalan supaya siti meninggalkannya..
hampir setiap hari pertengkaran abu & siti..
abu memukulsiti tapa rasa belas kasihan..
abu seolah-olah tidak mempunyai hati perut..
siti telah membuat laporan polis atas perbuatan yang dilakukan..
dan ingin merujuk hal ini ke pihak yang sepatutnya..
sikap suka menipu abu membuatkan siti berasa lebih kecewa..
hubungan mereka terhenti
abu pandai berkata-kata dan menabur janji yang tidak ditunaikannya..
abu tidak dapat menunaikan keinginan laura
kerana hanya mementingkan diri sendiri
akhirnya..
laura telah meninggalkan abu dan mencari laki lain yang boleh menampung hidupnya..
hidup abu mula bercelaru..
dengan tiada pekerjaan dan sumber kewangan
abu mencari siti untuk kembalikan padanya..
siti tidak menerima abu lagi
akhirnya abu menyesal dengan perbuatannya..
(..kecantikan tidak menjamin kebahagiaan..)

No comments: