Sally Beck,seorang pensyarah Universiti Battler di Amerika telah membuat
kajian pada tahun 1979. Mengikut kajiannya, seorang lelaki sebelum memilih
pasangan akan memerhatikan semua aspek mengikut penilaian mereka sendiri.
Sally Beck telah merumuskan peribadi lelaki berdasarkan pasangan pilihan
mereka sendiri iaitu:-
Wanita Gemuk
Lelaki yang memilih wanita gemuk sebagai pasangan hidup pada kebiasaannya
tidak mempunyai perasaan yang tetap. Mereka kurang memberi perhatian
kepada penghasilan akademik dan perkara-perkara yang berkaitan kecantikan.
Wanita Bertubuh Sederhana
Lelaki yang memilih wanita yang bertubuh sederhana adalah lelakii yang
suka menikmati atau menghargai perasaan seseorang. Mereka juga mempunyai
sikap tanggungjawab terhadap kemasyarakatan. Mereka juga tidak
mementingkan kepentingan diri sendiri malah akan cuba sedaya upaya utk
memuaskan perasaan pasangannya.
Wanita Kurus
Lelaki yang memilih wanita bertubuh kurus merupakan lelaki yang tidak
tetap pendirian pada peribadi dan kerjayanya.
Wanita Berdada Besar
Lelaki yang memilih pasangan yang mempunyai saiz dada yang besar
adalah lelaki yang mempunyai jiwa yang keras dan terlalu menginginkan
kebebasan di dalam kehidupan.
Wanita Berdada Kecil
Lelaki yang memilih wanita berdada kecil ialah lelaki yang cenderung
kepada perkara yang bertentangan. Mereka juga gemar mengambil mudah
keperluan diri mereka. Selain dari itu, mereka tidak mempunyai pandangan
yang bernas.
Wanita Berpunggung Besar
Lelaki yang memilih wanita berpunggung besar adalah lelaki yang mempunyai
gambaran yang lemah terhadap diri sendiri. Ini bermaksud mereka tidak
mempunyai pendirian yang kukuh. Mereka juga gemar menolong orang di dalam
kesusahan tetapi tidak mampu menolong diri sendiri.
Wanita Berbetis Besar
Lelaki yang memilih wanita berbetis besar adalah lelaki yang suka
menikmati kepada suasana yang tenang. Mereka juga mampu menjaga perasaan
pasangan dengan baik. Selain itu, biijak menggunakan fikiran dan perasaan.
Wanita Berbetis Kecil
Lelaki yang memilih wanita berbetis kecil adalah lelaki yang terlalu
mementingkan kecantikan. Mereka tidak mampu menangani kesusahan dan sering
berusaha menarik perhatian orang lain.
No comments:
Post a Comment