Sunday, July 19, 2009

ADIL KE SEMUA NI UNTUK WANITA @ PEREMPUAN?

Apabila pompuan berpakaian cantik dan seksi, pompuan tu mahu kelihatan mengancam di mata teman lelakinya.
Tetapi bila teman lelakinya berpakaian kemas dan segak, secara otomatik pompuan tu rasa terancam. Takut takut pompuan lain terpikat ngan teman lelakinya. Ini adalah sebab mengapa pompuan kadang kadang tak peduli jika teman lelakinya berpakaian selekeh. Ini tidak adil!


Apabila pompuan berjalan di khalayak ramai, dia akan memastikan dirinya sentiasa dalam berkeadaan baik samada dari segi solekan muka, pakaian atau lenggang lenggoknya.
Ini kerana dia sentiasa mahu kelihatan mengancam walau dalam apa jua situasi pun. Tetapi apabila lelaki cuba berlagak macho di khalayak ramai, lelaki tersebut dikatakan cuba menarik perhatian orang terutamanya pompuan...atau lebih tepat lagi..cuba nak menggatal. Ini adalah antara sebab mengapa pompuan tak suka teman lelakinya berlebih lebih semasa di khalayak ramai. Ini tidak adil!



Apabila pompuan bersiap lawa lawa untuk pergi ke majlis keramaian, mereka menyatakan mereka perlu kelihatan mengancam kerana majlis tersebut hanya berlangsung sekali sekala.
Tapi apabila lelaki bersiap lawa lawa untuk pergi ke majlis keramaian, pompuan akan berasa terancam kerana beranggapan mesti lelaki tersebut ada rancangan lain selepas majlis tersebut. Ini adalah sebab mengapa pompuan hendak berjumpa ngan teman lelakinya sebaik saja majlis itu berakhir dengan seberapa segera yang mungkin. Padahal, lelaki pun nak merasa segak jugak untuk sekali sekala. Ini tidak adil!


Apabila pompuan perlu hadir ke majlis perjumpaan kawan kawan lama (sekolah, universiti atau sebagainya), mereka bersolek dan berhias secantik mungkin kerana selepas beberapa tahun tak berjumpa, sudah tentu mereka mahu kawan kawan mereka melihat mereka sentiasa mengancam.
Tetapi apabila lelaki pakai segak segak untuk pergi ke majlis perjumpaan seumpama itu, pompuan akan berasa terancam. Ini adalah kerana beranggapan lelaki tu mesti hendak berjumpa dengan teman wanita zaman sekolahnya dulu. Sebab tu pompuan nak ikut teman lelakinya jika ada majlis perjumpaan seumpama itu. Ini tidak adil!


Apabila pompuan kelihatan mengancam, mereka amat suka jika orang ramai memuji mereka dan berasa bangga apabila orang ramai bertanya itu ini bagaimana pompuan tu kekal mengancam.
Teman lelakinya hanya tersenyum bangga kerana ada teman wanita sebegitu rupa. Tapi apabila lelaki kelihatan mengancam, makin lama teman wanitanya berasa makin terancam. Maklum la, lelaki ni makin mengancam makin menjadi. Oleh yang demikian, pompuan tu akan cuba memastikan lelaki itu kelihatan mengancam ala ala kadar saja. Ini tidak adil!

No comments: