THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, November 19, 2009

My 3rd Anniversery...

Just realized it's my anniversary...Haven't a clue why and to this day it still remains a mystery to me ...Well obviously I'm loving it because I've been on just about every day for a whole year and the peoples on here play a large part of that. Love you!! First, let me tell you how lovely your anniversary website has been. People really do enjoy the idea. I did not expect so much response and I really am excited about everyone's messages and kindness.

Anniversaries are special for me & u no matter what you are and they only come once a year. This means, when you celebrate it, you need to celebrate it very well so that it is a memory to keep and last forever. Couples send each other anniversary wishes and make sure the other one knows that they will keep their love and promises to each other alive forever.

If you are looking for something to send as anniversary wishes to a couple,

You are able to express your feelings to her that you admire their relationship and hope that they have a happy life together that lasts eternally.

There are many different anniversary gifts for you to look at when wanting to send anniversary wishes to a happy couple. If you are looking to send anniversary wishes to your significant other then you could send a sweet note to them at work informing them of a big surprise that night. You can release your promises and love once again and let them know that you will always be there for them no matter what and that your love will last for eternity.



Saturday, November 7, 2009

im back....

Agak lame x menulis blog ni...
Dengan keadaan isu2 semasa, aku tpakse hentikan buat seketika utk mentenangkan jiwa raga..i need some space to thinks about my future..so strugle!! but now im back to reality and change everything.. sometimes, kejatuhan kita akan tjadi bila2 mase..tanpa dsedari, aku mengalah n beralah demi kebaikan semua pihak...nampak bukan mcm aku, tapi ini la kejujuran yg boleh aku bagitau korang2 semua yang cukup2 bagus sound aku..hakikatnye,susah nk hadapi dengan tenang..but aku tengah cube la ni..

Dalam mase yang same, serangan peribadi yang menyebabkan aku BENCI pada seseorang..aku susah nak membenci,tapi aku dah benci sangat la..blog ni diwujudkan untuk mencari ketengan jiwa yang hakiki.. blog ni jugak diterbitkan untuk meluahkan perasaan yang tersimpul..terpendam..& terbuku kt hati ni.. ape lah daya ku seorang manusia yang byk sangat buat kesilapan besar sehingga mencederakan emosi & naluri aku sebagai seorang wanita..banyak perkara yang patut kita ingat..

"mungkin hari ini aku dikeji..mungkin hari ini dimaki..mungkin hari ini dihina"..
inilah bukti kewarasan akal manusia yang boleh mentafsir sesuatu perkara dengan telus & melebihi kuasa tuhan untuk menghukum sekerasnya sesama manusia...kebenaran depan mata dikaburi sewenangnya..mungkin hanya untuk menutup segala pengkhiatan yang yang dilakukan darah daging sendiri..mungkin juga ini ada martabat orang berpengaruh untuk melaknati hukum tuhan..panggilan tidak bermaruah di gelar pada seorang mangsa keadaan..tidak mengaku kesilapan dan tidak menerima takdir tuhan..sesungguhnya,busuk sungguh hati mereka yang berdarjat..sebusuk bangkai binatang!!

Penat lah tuhan ciptakan ko..penat tuhan tulis jalan hidup ko..sesetia mana pun kau,semulia mane pun kau & sealim mane pun kau..kalau dah tercalit rase busuk dalam diri ko..x guna kau tunjuk personaliti kau yang ala2 lindungan ka'abah 2..sbb hati kau x pernah baik..selagi tiada pengapunan dari penghinaan itu..kau x comfirm lagi masuk syurga tau!! Jangan ingat ko terer soal jawap agama, tapi rumah tangga kau pun x terjaga...menjaja maruah orang merata..kalo dengar orang mengumpat pun, 1 dosa jugak kan??...apetah lagi keluar tanpa izin suami pergi shopping complex puaskan nafsu beli brg2..menyakitkan hati orang x kira mase n tempat tanpa keluar 1 pun perkataan MAAF..sungguh mulia perangai itu..!!

Aku menulis bukan kerana ingin meluahkn rase dendam,aku menulis bukan kerana melepaskan kemarahan..TAPI aku menulis kerana tiada lagi pertimbangan..kekayaan bukan suatu perkara yang berhak menghukum orang dengan sekerasnya..pusingan dunia tidak akan henti seketika untuk beri ruang kemaafan..tapi pusingan dunia tetap akan berpusing sehingga mata terpejam..HUKUM KARMA sudah ditentukan utk manusia yang bermulut LONGKANG mcm ni..mcm sia2 pandangan aku selama ini.. dan sia2 jugak rase hormat terhadap mereka2 ini..
dalam hati aku:bila tiba saatnya nanti..kau jugak akan merasa pedihnya bila terima penghinaan..dunia x selalu berada di atas..sesekali kena lah rase jugak dipijak!!

Penghinaan 2 amat dasyat sekali..
Sekali pun nyawa kau dah dicabut tuhan..tidak sesekali pun perkataan maaf keluar dr mulut aku..penyiksaan jiwa n akal aku telah mengajar aku utk tegas..sekali pun ko x suke aku..ADE AKU KESAH??? hidup aku..mati aku...aku sendiri yang tahu..so, tunggu la hari2 yang bakal tiba utk merasakan penyelesaian sepanjang hayat..aku x suke menyumpah sesuatu yang buruk ke atas mereka2 2..tapi tuhan kan maha adil..sungguh pun pengajaran yang DIA berikan,dah cukup dewasakan aku terhadap hukuman yang bakal datang..tinggal tunggu penyiksaan dalam alam sebenar..tapi waspada lah selalu, kerana mulut badan binasa..jangan kerana ko ni TIP TOP.. kau boleh hayun sesuka hati kau..anak2 kau masih ade..perempuan ada, laki pun ada..kalau tuhan 2 nak merawat hati aku yang sakit ni dengan bagi pembalasan...kau boleh pikir sendiri!! yang baik2 semua datang dari tuhan..yang busuk2 dtg dari mereka2 ni..

sungguh busuk hati mereka...semoga dilindungi dengan pari2 yang x kisah ape akan jadi pada mereka2 ni..

assalamualaikum...


Wednesday, September 16, 2009

Nik In Memory (15.September.2009)

>>arwah nik, angah (anak mak teh), nadzirah (adik) dan along (anak mak teh)<<

arwah nik semasa perkahwinan anak mak long- ida @ putrajaya
(dr kiri arwah nik, nadzirah, angah, ida n husband, diaz, along n ...)

arwah nik (bertudung pink) dalam kenangan.. we miss u nik!

nk menangis rase bile nk menulis blog kali ni..
susah nak digambarkan perasaan semase aku dapat tau yang aku dah pn kehilangan seorang cousin..panggilan telefon dari mak uda, membuatkan 1 family aku tergamam n terpandang each others..nk realize same ade berita yang ktorang terima 2 sahih..semua family aku belah muar n kelantan datang berkumpul di masjid jamek kajang (nearest stadium majlis pembandaran kajang).. mase aku sampai, hanya beberapa saudara terdekat sampai..pak long atan, mak itam dan family aku..berkumpul di perkarangan masjid sambil menanti dgn penuh pasti..

aku diberi peluang..
aku bersyukur sangat pada saudara mara aku kerana memberi aku peluang menguruskan jenazah Nik..dari saat nik dimandikan, dikafankan sehingga arwah masuk dalam liang lahat..
aku tergamam mase aku masuk dalam bilik mayat hospital kajang..itu la pertama kalinya aku masuk n lihat sendiri keadaan bilik mayat hospital..peti-peti yang bernombor dan juga strecher yang digunakan utk meletakkan mayat..aku terus menuju ke pintu yang bertulis "dilarang masuk tanpa sebarang urusan"..aku minta kebenaran pengawal utk masuk n seterusnya pengawal itu bukakan pintu dari dalam..bau kapur barus menusuk ke dalam hidung ku..

Innalillah wainnalillahirojiu'n...
sekujur tubuh berada di atas tab mar mar berwarna cream..yang hanya menunggu utk dimandikan..hanya bertutupkan sehelai kain batik lepas..
aku meminta mak utk pegangkan beg aku sbb aku rase mak x berdaya utk buat..mak menitiskan air matanya di luar pintu n aku xnk mak berasa sedih seperti mak uda aku..aku masuk, selingihkan lengan baju aku..n aku terus membersihkan mayat..sesudah mayat dibersihkan..aku dengan makcik2 aku mengalihkan mayat ke atas strecher yang sudah dilapik dengan kain kafan..x dapat aku bygkan seluruh kudrat aku digunakan utk mengalihkan arwah nik dr tab..aku membantu makcik 2 membalut arwah nik dengan kain kapan..

hanya di wajah...
yang terakhir sekali..wajah arwah nik dbuka untuk memberikan penghormatan terakhir buat arwah..aku x dapat menahan air mata bila melihat kucupan terahir buat Nik..
jenazah nik dibawa di tanah perkuburan islam kajang..dan aku melihat jenazah disemadikan ke dalam liang lahat..penghormatan nya utk yang terakhir kali..

aku bagaikan masih tidak percaya dengan pemergiaan arwah nik..tapi tuhan lebih syg kn die..
semasa hayat arwah, arwah seorang yang istimewa..telatah arwah yang membuatkan die disayangi oleh saudara mara..arwah tidak pernah menyakitkan hati sesiapa n arwah juga seorang yang peramah.. teringat semasa arwah dtg beraya kt umah..aku bergurau dengan arwah, mencampakkan kucing ke arwah dan arwah melompat dari kerusi...benda 2 yang buat aku senyum n terkenang arwah yang takut pada kucing..aku terasa kehilangan arwah n juga bersimpati dgn keluarga arwah..arwah seorang anak perempuan bongsu n arwah juga seorang satu-satu nya anak permpuan dlm flmy mak uda..oleh kerana sifat manja nya, arwah di senangi n arwah juga menjadi favorite dlm keluarga sebelah muar & kelantan..

semoga nik tenang di sana...& semoga roh nya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang beriman..

Al- Fatihah..
amin..

Sunday, August 16, 2009

Ku Cari Damai Dihati

15.Ogos.2009 (restoren kunang-kunang)
so..hari ni aku xde ape nak buat,aku pun merayap dgn kakak aku pg jln2..
malam pulak, hazwan dgn wife die ajak aku pg dinner..nk celebrate reward katenye..aku ajak pg kunang2 restoren kt MRR2..and aku invite awin sekali pg sane..pastu dya pulak dtg dgn kwn baru katenye....pastu zul pulak dgn tunang die..ramai dh..ingtkn 4 org,pastu jd ramai org pulak..tapi mmg best gile la..
mule2 tujuaan nye hanye nk lepaking n gossiping..tapi bile dgr liveband kt sane, kita org melayan perasaan sedih yg teramat..ni lagu yg menyentuh perasaan aku kat sane..siap aku layan perasaan sikit kat sane..

mmg enjoy gile sebab jumpe kwn2 lame yg x muncul.
penyanyi die punye la asyik!!
nyanyi lagu2 lame..yg jiwang2 pulak tu..antara lagu yg dorg nyanyi,
lagu kt bawah ni ha..
.




Kucari Damai Di Hati (Gingerbread)

Mengapa kau tergamak sungguh
Memperdaya harapan ini
Tunas kasih yang aku semai

Racun berbisa yang kau sirami

Beginikah balasan cinta

Manis kata di bibir saja Lembut lidah mengukir janji
Segunung mimpi berkecai kini

Sesalan tidak terucap

Bila kau berubah sikap

Ku sedar siapa diri ku

Kau buat tempat berteduh
Semoga engkau bahagia
Di samping kekasih baru
Andainya engkau kecewa

Janganlah kau cari aku

Biar saja aku sendiri
Yang mencari damai di hati

Airmata basah di pipi

Tak mungkin dapat membasuh luka


Tuesday, August 11, 2009

Stand With Decision..Why Not?

(3 hari sebelum)
aku berfikir n merenungkan jawapan..n jawapan nye " sy peduli ape"..
adakah ini adalah suatu kesimpulan untuk segala penderitaan?
menengking..
memaki hamun..
menyalahkan orang dengan kesilapan sendiri adakah aku bersifat kejam pada orang? adakah aku setia dengan keputusan yang aku buat...?
..meminta untuk melindungi..
..merayu..
..menyesal..
..menabur janji..
..meraih simpati..

>>hanyalah lakonan semata<<

(5 hari sebelum)
"janji" yg dikotakan sudah dikenal pasti..janji yang TIDAK MUNGKIN dikotakan sama sekali
janji yang hanya bergantung kepada keadaan..janji yang tidak akan memberikan sebarang perubahan
permainan mulut berbisa..permainan kata yang terbina
permainan hati yang tiada keiklasan..hanya untuk melepaskan diri dai segala siksa
hanya untuk melepaskan diri dari kesengsaraan..hanya untuk reputasi diri
hanya untuk menunjukkan kebaikan..hanya untuk lakonan tanpa arahan
hanya menguji kesetiaan
adakah ini suatu JAMINAN
atau hanya sekadar melepaskan batuk ditangga?

7 hari sebelum
tiada jawapan pasti
hanya menghitung hari
sepi
sendiri
tanpa ada hakiki
keputusan hidup aku perolehi
dengan harapan ini dapat mengubah segala persepsi
tapi dengan ketentuannya..aku perolehi, ape yang tidak sepatutnya aku terima..
keangkuhan
kesombongan
menunjukkan dirinya
maki
caci
dari hati turun ke hati
sedih
pilu
kecewa

sampai bila agaknye akan berakhir?





ADA APA DENGAN CINTA

....SIAPA YANG KITA CINTAI...
adakah peraih cinta
atau
pengkhianat cinta
Cinta bukanlah daripada kata-kata, tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang, dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.

Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh. kata-kata itu selalu terngiang ditelinga aku, semua hal yang terjadi melintas difikiranku. Memang benar, saat memikirkan seseorang yang aku cintai, tak kan pernah habis waktu untuk itu.

Hal itu juga membuat aku boleh kembali bersamangat dalam menjalani hidup.
Menikmati hari-hari yang terasa penuh dengan beraneka warna.Cinta,sungguh anugerah yang terindah yang diberikan Sang Pecipta pada makhluknya, tanpa cinta tak akan ada kedamaian didalam dunia.

"Perasaan cinta dan kasih sayang pun dikaruniakanNya kpada manusia termasuk kita di dalamnya. Sebagai makhluk yang beragama kita wajib menyayangi dan mencintai sesama makhluk, lebih lagi kepada Allah Maha Rahman dan Maha Rahim. Orang yang mencintai dan menyayangi sesuatu aka selalu menyebut2nya. Sungguh merugi orang yang dikaruniakan perasaan cinta kasih sayang kepadanya, akan tetapi dia tidak bisa mensyukuri nikmat itu.
Selain itu orang tua dan keluarga harus kita berikan kasih sayang sepenuhnya melebihi orang lain bahkan kekasih sekalipun. Tidak benar kerana cinta can kasih sayang yang besar kepada kekasih membuat kita melupakan cinta dan kasih sayang orang yang lebih layak kita berikan kasih sayang lebih."



KESABARAN
Kenikmatan ada di permukaan, kesabaran itulah satu kedalaman.
Syukurlah untuk hari ini dan tawakal lah untuk hari esok.
mungkin jugak apa yang aku perolehi hari ini akan berlaku selamanya..
hanya kesabaran yang membuat aku terus hidup
hanya kesabran juga membuat aku terus berusaha
hanya kesabaran juga yang membuat aku kuat
meniti hari-hari hidup aku yang tidak ada penghujung

akur dengan ketentuaan dai NYA
akur dengan setiap pemberian dari NYA
aku hanya mampu bersyukur
tapi tidak mempu untuk menahan setiap kepedihan hidup aku
Dengan kesabaran, kita akan mampu menerima dengan lapang dada segala ketetapan Ilahi yang menimpa diri ini… Dengan kesabaran pula, hidup ini akan terasa begitu berharga… Sebab, nilai kehidupan bukanlah terletak pada seberapa banyak hal yang kita raih dalam hidup ini, melainkan, seberapa ridha (lapang dada, ikhlas, dan rela hati)nya kita terhadap setiap cacat-cela, kekurangan yang kita temui dalam berbagai ranah kehidupan kita…"kesabaran itu ada diawal", kata baginda Nabi.. Oleh karena itu, adalah penting untuk menyiapkan sikap dan sifat "sabar" sebagai modal awal untuk menjalani kehidupan… Dalam kaitannya dengan anti-tesis "kesabaran" - yakni "bersyukur" - maka sy memahami bahwa erti kesyukuran terletak pada seberapa banyak hal/nikmat yang kita raih dalam kehidupan ini… Sehingga, sungguh benarlah Nabi yang menginginkan bahwa SABAR itu letaknya di awal (depan), barulah diikuti oleh SYUKUR di belakang (setelah)nya…
secercah HARAPAN OPTIMISME untuk terus melanjutkan hidup, mewujudkan mimpi, meraih cinta, dan melalui ujian dengan SUKSES dan BAHAGIA…. Hingga akhirnya, yang tersisa di belakangnya adalah rasa SYUKUR yang membuncah atas segala jerih payah, serta hasil yang didapatkan dalam setiap langkah kehidupan kita…


WARNA-WARNA KEHIDUPAN
perjalanan yang amat panjang
liku-liku hidup aku tempuhi dengan redha
ketentuaan NYA aku terima
aku hanya peroleh kejayaan yang tidak berpanjangan
kejayaan yang hampir musnah
kerana sikap yang tidak mungkin akan berubah dan ia bergantung kepada seseorang individu itu lah, mungkin dalam hidupnya, dia mahu dia senantiasa ceria dan bergembira tanpa memikirkan apa apa sahaja masalah ataupun halangan yang mendatang...sayugia diingatkan, dalam kehidupan kita nie, tak semuanya indah.....pasti ada yang tak bestnya bukan? jadi ...yang tak best atau masalah yang mendatang itulah merupakan "warna warna dalam kehidupan kita "


KESEDIHAN
Hanya tuhan yang lebih mengetahui perasaan aku
tiada keistimewaan
tapi penuh dengan kekecewaan
aku berpaut pada sejengkal kayu yang hampir rapuh
adakah ini cerita jalan hidup aku yang pelu aku tempuhi?
pengorbanan aku
kesengsaraan aku
kegusaran aku
kepedihan aku
kerisauan aku
hanya aku bersendirian yang alaminya..
penuh dengan segala kekejaman
penuh dengan permainan
penuh dengan lakonan

aku?
hanya melihat

SEBUAH HARAPAN
segala musnah dalam sekelip mata
mungkin jugak hukuman atas dosa2 yang aku lakukan
harapan yang tiada kesimpulan
aku hanya menanti simpati
hanya mampu berdoa untuk menghajati keinginan


PERKONGSIAN HIDUP
tidak mencari identiti
sifat memendam dalam diri susah dirungkaikan
kemarahan dilepaskan pada orang lain
hanya menunggu untuk dipuji
tetapi sukar untuk mencari kesedaran diri
tapi mengharapkan sesuatu yang tidak pasti
kesalahan diri dipautkan pada bahu orang lain..tidak mahu memberi ruang untuk membetulkan kesilapan dan hanya bergantung harap pada peluang yang berkali..
jika kesedaran dapat ditemui
hanya mementingkan diri sendiri
mementingkan ape yang DIA rase betul
tidak mahu mengaku kesilapan
petolongan yang diberi tidak langsung dapat diertikan
kesenangan diri
lupa pada penerimaantidak mahu toleh kebelakang..baginya pengalaman itu tidak dapat memberinya pengajaran tapi hanya menyusahkan..ape yang penting, keseronakkan!
Dalam permintaan itu, aku mendahulukan sebab (cause) daripada keinginan (hope)… Hidup, mengutip perkataan mak aku, adalah perjuangan… Jadi, kalo (mahu) hidup bererti harus berani untuk berjuang… Bagi aku, perjuangan itu adalah sesuatu yang sangat berat… Penuh tantangan, penuh hambatan… Oleh karenanya, aku perlu "kekuatan". Kekuatan untuk menjalani kehidupan, kekuatan untuk meneruskan perjuangan - dengan satu harapan - bahwa semoga perjuangan itupun berujung pada KEMENANGAN….




MERUNGKAI PERSOALAN
setiap pertanyaan dijawap dengan cacian
setiap petanyaan dijawap dengan makian
hanya menunggu kesusahan..baru la hadir dengan keikhlasan..
tiada yang istimewa bagi nya
hidup tidak bererti tanpa persoalan yang bermain difikiran
siapakah aku sebenarnya?
adakah sekadar betaut diranting rapuh
hanya menunggu retak menanti belah
hanya melihat maut didepan mata
hanya sekadar keseronokkan luar biasa
hanya untuk gelaran



KEJUJURAN
mengapa perlu ada kejujuran?
kerana kejujuran yang membuat seseorang itu boleh dipercayai
hubungan yang baik bermula dari kejujuran pasangannya
jujur dengan diri sendiri tanpa diminta untuk jujur..
tuhan berikan makhluknya akal fikiran
untuk berfikir
tapi mengapa pelu berselingkuh untuk melindungi orang lain..
adakah ini adil bagi pasangannya?
nilai kejujuran itu amat tinggi
tapi mengapa ada makhluk yang sanggup menjatuhkan nilai itu sendiri
sedangkan dia tahu dosa dan pahala
sedangkan dia tahu akan hubungannya
dia faham apakah maksudnya
dia sedar apakah kemungkinannya..
suatu PENGKHIANATAN yang sangat dasyat
suatu KEBERANIAN tanpa matlamat
suatu HAKAKAT yang terpaksa ditelan
aku?
hanya berada dalam situasi hubungan yang negetif
...tanpa kesedaran...tanpa penerimaan...tanpa kefahaman...tanpa kesimpulan..
...tanpa kasih sayang...tanpa kerinduan...tanpa harapan..
semuanya aku terima atas EHSAN
semua aku terima atas BELAS KASIHAN
semua aku terima TANPA PANDANGAN
semua aku terima TANPA PEMIKIRAN

siapa aku sebenarnya dalam hidup dia?

KESETIAAN
hukum hakam dalam bercinta seharusnya perlu ada kesetiaan..jika "tiada kesetiaan"
maka seharusnya jauhi la diri dari bercinta
ini sedikit sebanyak dapt menyemai rasa kasih sayang antara pasangan setidak-tidaknya
pasangan itu akan rasa lebih dihargai antara penghianatan dan kesetiaan. Kesetiaan bagi setiap insan manusia di dunia merupakan hal yang paling sukar untuk di pertahankan. Tetapi kita semua juga mengetahui bahwasanya setiap insan manusia di dunia ini mempunyai sifat yang cinta, rasa rindu yang terkadang dibalut dengan sedikit rasa nafsu, ucapan - ucapan manis yang berlaku hanya pada awal mulanya hubungan itu di mulai, kesetiaan terhadap pasangannya,
dan hal - hal lain yang dilakukan oleh makhluk Adam..kesetiaan merupakan sebuah keniscayaan bukan kemuslihatan picisan jika itu menyangkut perkara antara aku dan dia. masih setia antarkan gelap ini, ingin aku pastikan bahwa keniscayaan yang terjadi di antara aku dan dia bukanlah seperti setianya nisan kepada tanah pekuburan...aku mencintainya..cinta berwarna jingga..tulus dari dalam batinku…tolong biarkan aku menyetiainya.


NILAI SEBUAH CINTA
Semakin kita mengejar kemewahan hidup dan kesibukan mencari harta dunia, kita lupa tentang hubungan yang terjalin antara kaum adam dan kaum hawa. Hubungan yang terjalin antara mereka sepatutnya menjadikan hubungan yang paling bermakna sehingga boleh beranggapan seperti ‘dunia ini milik bersama‘.Sebelum meneruskan topik ini ingin aku ingatkan entri ini ditujukan kepada kau yang serius dan menghargai sebuah perhubungan istimewa ini. Bagi kau yang berjiwa seperti aku akan faham dan tahu menilai hubungan istimewa ini. Ya bukan senang hendak menjalinkan sesebuah perhubungan suci dengan insan lain dan sanggup berkongsi segala-galanya bersama tetapi perkara seperti itulah yang menjadikan ikatan percintaan semakin intim dan manjadi impian. Yang pastinya "cinta yang palsu akan menghancurkan nilai keinsanan"
Yang pasti menjadi lumrah kegagalan dalam menggapai CINTA akan membawa kesan secara tidak langsung kepada peribadi diri. Tahap kekuatan dalaman jiwa terpulang pada diri untuk menghadapi konflik perasaan yang sentiasa membayangi diri. Barangkali banyak sudah
muncul watak Laila Majnun yang tidak diketahui umum. Dan barangkali juga dia berada di kanan dan kiri anda? Pandanglah manusia di sekeliling dengan mata hati dan mata kasar. Pasti anda akan temui sesuatu yang baru. Dan mungkin memberi makna. Tanyalah pada hati,
renunglah pada sebutir bintang. Di manakah letaknya CINTA dalam
kehidupan? Pandanglah pada senja, nescaya apa tersembunyi memberi
makna. Dan kita pasti berasa akan NILAI SEBUAH CINTA

Saturday, August 8, 2009

Its NOT my false...

Maybe,
Kali ni aku agak keterlaluan untuk membicarakan soalan yang sentiasa berada difikiran aku..
Sebab tahap kesabaran aku teruji dengan mcm rintangan yang aku lalui selama ni..
Aku dah faham diri aku n aku kenal dimana sepatutnya aku berada sekarang...satu per satu dugaan yang menimpa aku, aku jalani dgn tabah n meneruskan perjalanan hidup aku sebagai seorang manusia..
Ape yang aku rase sekarang,hanya bersyukur dengan ketentuan tuhan ape yang bakal terjadi..

....aku terpaksa...
....aku dipaksa...
....aku memaksa...

"Zaida,hidup kita ni hanya ade 1 pilihan..sama ada ape yang kita buat ni betul ataupun salah.. Sebagai seorang manusia yang lemah, kau harus memilih jalan terbaik untuk mase depan kau bukan lagi mengharap sesuatu yang x kan pasti jadi kenyataan.."...kata2 dari seorang sahabat..

Kemana agaknye hilang keyakinan aku..? Loosing.....!!
IM LOST EVERYTHINGS...
because of this matter..aku terasa aku tidak layak menjadi siape2 pun n aku xlayak untuk menentang ape pun yang terjadi depan mate aku..

hari2 aku dah aku sempurnakan untuk orang lain..
hari2 aku penuh dengan duagaan berat...
hari2 aku jugak aku melihat ramai manusia..
hari2 aku jugak aku melihat keluarga..
hari2 aku jugak aku dengan kawan..
hari2 aku jugak aku berdepan dengan masalah...

6.Ogos.2009..
Adalah hari terpenting untuk aku.
...aku sangat2 sedih..aku sangat kecewa..
Berat untuk aku terima..berat untuk aku teruskan hidup...berat untuk aku berfikir selamanye..
selamanye?
Sampai bila bile aku akan berada diposisi camni..sampai bile aku mampu untuk simpan perkara ni..??
Aku x berniat nak sorokkan pada sesiapa..tapi "aku perlu".. untuk tidak melihat segala kesedihan n kekecewaan semua orang depan mate aku..aku tau semua 2...
"life has must go on"...aku terpaksa lupekan semua..
kesedihan & kekecewaan ayah aku..
kesedihan & kekecewaan mak aku..
kehilangan kawan baik untuk kakak aku..
kehilangan kawan berkongsi untuk abang aku..
kehilangan pendengar setia untuk adik2 aku..

aku tahu..semuanye akan kecewa dengan aku...semuanye akan bercerita pasal aku..
maafkan segala semua kesalahan aku..x berniat untuk menyakiti siape2 pun..cume ape yang aku minta..segala kesakitan aku selama ni..segala penderitaan aku selama ni..segala cemuhan yang orang lemparkan pada aku...segalanya tentang aku..hanya aku dan diri aku sahaja..

TODAY IM ALONE..
With somebody else..ade yang kenal n ade yg x kenal..sory to say for everything..
Aku x mampu melawan takdir...
Kalo ini lah dikatakan rezeki..jodoh n takdir..
aku terima..im happy with u..n i love u so much..
...but..
...but..
...but...
some gonna happent..and........................????
thats my destiny and thats my FATE..

its not my false..
Allah dah tentukan jalan hidup aku camni..
>Hidup akan tetap diteruskan dengan dugaan yang mendatang<



Wednesday, August 5, 2009

BESTFRIEND & SPECIALFRIEND..u know what i mean that??

Strait to the point kn lagi senang..xperlu bersembunyi lagi..selagi bersembunyi..selagi berahsia..selagi 2 cerita x kan habis..mcm sutradara yg x bertauliah..menipu jln cerita sampai xtau mane endingnye..xtau malu ke? dlm situasi mcm ni masih lagi nak menengakkan benang yg basah..MOTIFnye...xtau..mungkin nk tunjuk kehebatan luar biasa n habit suke menipu untuk menarik perhatian..menyebelahi org xtantu pasal..U THINK WHO U ARE...? sebelum ni xpernah pun aku dengar istilah BESTFRIEND dlm hidup ko..n kenapa sekarang ni baru nk ngaku jadi bestfriend?? xde kwn pompuan ke nk jd kn bestfriend..? laki jugak yg ko nk..yg laki ni pun macam "PAK SANGGUP" yang sanggup agree ape pun permintaan n mengadu keburukkan org..nape? untuk meminta simpati atau nk dapat perhatiaan..?! akibatnye?? xdapat mengawal situasi dengan baik n menyalahkan org lain untuk tutup kesalahan sendiri...
X MALU ke?? sampai sekarang situasinye xdapat diselesaikan dengan baik..ntah ape yg special sgt sampai sanggup menipu n menjalinkan hubungan secara senyap di belakang..Yang hairan nye..
ape yang membuatkan perempuan 2 percayakan die..atau perlu ke aku membuktikan sesuatu..?

BESTFRIEND..(patut kah aku cerita situasi sebenar)
do i know with who?? tapi aku kenal..n aku xnk kenal lebih lagi sbb aku takut suatu hari aku akn mengaibkan individu tersebut..
saper kah org yang nk ngaku "bestfriend" ni.."best sgt" ke sampai nk layakkan diri sebagai bestfriend?? situasi yg mane 1 yg rase2 layak jd bestfriend...? (boleh aku nyatakan dlm ni..?) bestfriend 2 org yg betol2 faham n tau ape yg jd pada diri kita..susah n senang bersama..yg kenal sape kita sebenarnye..bkn setakat time susah baru la nk cari kwn..kalo dulu nape ko x cari kawan ko time... ????...yg jelas2 ko tau x layak jd bestfriend die sbb ko pun xtau asal usul cerita ni..aku boleh nyatakan pendapat diri aku..tapi ade yg xpaham n sanggup mengadu kt org yg dia anggap bestfriend..yg jelas2 bestfriend xtau situasi aku sebenarnye..kalau aku ceritakan, mungkin boleh mengaibkan..tapi aku bukan sejahat 2 n ape yg die expect kat aku selama ni..kalo betul2 la die tu bestfriend ko, nape die yg ngaku bestfriend n nape ko mentidakkan?? takut...?? yang jelas2 ko ni suke memanupulasi keadaan..aku dah cukup masak dgn semua ni..bg aku tiada yg mustahil kalo masih berhubung.. ye la kn..bestfriend yg the best!! ape2 pon tetap best..semua yg dibuatnye walaupun MENJILAT LUDAH SENDIRI... n JADI MUKE X MALU..
BESTTTT...la
sgt!!

so..
solution nye..ape yg aku buat selama ni adalah suatu perkara yg sia2 n TIDAK AKAN DIHARGAI..baik mcm nane pun aku x pernah & x akan untuk dihargai..
sbb aku bukan the BEST bg die hanye .................................????? (only god knows)...
let me know the truthh..ok??