Sunday, July 19, 2009

10 Ciri-Ciri Lelaki Kasanova

1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulia.
Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. namun haris di ingat semua itu hanya mempu bertahan tidak lebih sebulan. sedikit demi sedikit di dia akan menunjukan taringnya



2. Sentiasa kemas dan perwatakannya
seperti berada,
tapi sebenarnya poket kosong kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa


3. lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji
tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. siapa yang akan sampai dahulu.


4. sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan.
lebih jeles lagi, dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahanya sendiri.



5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih
juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.



6. Baru kenal tidak samapai seminggu sudah berani
mahu sentuh-sentuh

di bahagian yang sensitif. sengaja mahu mengoda kamu untuk pergi lebih jauh.



7. Apabila keluar dengannya, sia selalu tunjuk macho depan kamu.
Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu.
Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belekang kamu.
tetap dia memang peramah dengan semua orang.



8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani mintak
wang untuk di pinjam.

tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha... alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.



9. lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.


10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahu
membawa kamu berjumpa ibu bapanya.

Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak.



Untuk kaum perempuan, penilaian di minda anda. jangan kerana terlalu mencintai, anda kabur dalam menilai seorang lelaki yang hanya mempermainkan cinta dan kata-kata.

BILA PEREMPUAN ITU MARAH???

:D hehe, wanita cukup terkenal dengan kelembutan, kebaikan…kemanisannya. Sweet je…baik je. Cakap pun lembut dan lemah gemalai. Kena yang manja tuuu….fuuuuuuu….cair kaum lelaki... Kena pulak yang sexy maxy, hanya memakai blaus budak kecik je walaupun dia budak dah besar panjang puluhan tahun :P

TAPI…
apabila wanita marah, dari sekecil-kecil perkara boleh jadi besar, hancur dan binasa segala-galanya apabila wanita rasa tercabar kewibawaan mereka.

:D hehehe…aku dh tak boleh buat apa! Kalau ada lelaki yang cuba-cuba nak pujuk orang pompuan masa dia orang ni marah. Aku syorkan, tak payahlah haha…buang masa je. Biarlah dia cool dulu…kalau boleh duduk diam je dan biarkan pasangan anda lepaskan segala amarah…segala leteran. Kalau memang bersalah tu, dengor je ler…kalau tak tahan, pekak kan telinga, at the end of the day tu surely dia akan sejuk dan berhentilah marah.

Tapi, kalau terkantoi curang tu, alamatnya lama bebenor lah kamu kena marah! kehkehkeh :P

Jutaan kejadian lain menimbulkan persoalan berlaku dalam kehidupan seharian. Pentingnya ada pihak perlu memberikan penjelasan manakala pihak satu lagi bertindak mendengar sebelum membuat keputusan terburu-buru.

Malang, ketika jiwa dibelenggu emosi dan kemarahan teramat, sering mata, telinga dan hati, buta, tuli dan tertutup.Walhal...Kadang2 bila berlaku ketegangan seperti ini, benda yang betul pun akan dikatakan menipu..hinggakan menjadi keliru...actually..benda ni xde la complicated sgt..

1st, dun be too emotional.
2nd, patience.
3rd, try to be open minded.
4th, kena tau cara-cara nak comfort each other..

contoh nye, masa nak terangkan cerita sebenar, kena pegang tgn, or bgtau, or anything to comfort him or her..

kerana itulah, jujur pada teman wanitanya..wanita selalunya bila sedang marah, akal menjadi cetek kerana dikuasai oleh nafsu amarah.. seringkali perkara2 yang tidak diingini berlaku ketika sedang dikuasai oleh sifat amarah..

Makin larang, makin nak buat dorang nih...Suke2 hati dok email la..chatting la dgn pmpuan lain.. dgn niat nk bkawan..tapi boleh percaya ke laki ni?? Asal nmpk seksi..lawa..mula la cair..pdhal pmpuan 2 nk memainkan dorg gak..kdg2..bile dipikirkan bodoh jgk laki ni erk??

Pokok pangkal hati masing2...dh besor panjang xleh nk pikir susah jugak la..!!

Kepercayaan pnting dlm sebuah prhbungan. Kesetiaan terhadap pasangan dan kejujuran dalam percintaan.. Yg buat tak percaya tu, sbb dah terkantoi.Pastu nk salahkan bila pasangan kita tak percaya kan kita. Nak lupakan kes kantoi tu bkn sng. Makan hati gak ape.Tak kan kalo tak ade sebab, pasangan kita boleh curiga. Mesti ada kes lapok. Atau "hutang lapok" yg blum settle. Whatever lah.....mcmana pulak kalau yg ditanya tu mmg betul?cuma teman lelaki susah nak mengaku sbb dah kantoi?lps tu mula la nak naik angin sbb konon nya tuduhan melulu & cemburu.lps tu menyalahkan pihak perempuan balik.

aku experienced this many times.tp bila si teman lelaki lain mula minat si perempuan ni, mcm2 hal die buat termasuk lah sanggup menipu...bole bwk bunuh membunuh.kelakar kan?itu br lelaki yg menunjuk minat kt pmpuan lain. yang curang 2 mcm mane si teman wanita nya??...p

Rahsia Sifat Lelaki Berdasarkan Pasangan Pilihan

Sally Beck,seorang pensyarah Universiti Battler di Amerika telah membuat
kajian pada tahun 1979. Mengikut kajiannya, seorang lelaki sebelum memilih
pasangan akan memerhatikan semua aspek mengikut penilaian mereka sendiri.
Sally Beck telah merumuskan peribadi lelaki berdasarkan pasangan pilihan
mereka sendiri iaitu:-


Wanita Gemuk

Lelaki yang memilih wanita gemuk sebagai pasangan hidup pada kebiasaannya
tidak mempunyai perasaan yang tetap. Mereka kurang memberi perhatian
kepada penghasilan akademik dan perkara-perkara yang berkaitan kecantikan.


Wanita Bertubuh Sederhana

Lelaki yang memilih wanita yang bertubuh sederhana adalah lelakii yang
suka menikmati atau menghargai perasaan seseorang. Mereka juga mempunyai
sikap tanggungjawab terhadap kemasyarakatan. Mereka juga tidak
mementingkan kepentingan diri sendiri malah akan cuba sedaya upaya utk
memuaskan perasaan pasangannya.


Wanita Kurus

Lelaki yang memilih wanita bertubuh kurus merupakan lelaki yang tidak
tetap pendirian pada peribadi dan kerjayanya.


Wanita Berdada Besar

Lelaki yang memilih pasangan yang mempunyai saiz dada yang besar
adalah lelaki yang mempunyai jiwa yang keras dan terlalu menginginkan
kebebasan di dalam kehidupan.


Wanita Berdada Kecil

Lelaki yang memilih wanita berdada kecil ialah lelaki yang cenderung
kepada perkara yang bertentangan. Mereka juga gemar mengambil mudah
keperluan diri mereka. Selain dari itu, mereka tidak mempunyai pandangan
yang bernas.


Wanita Berpunggung Besar

Lelaki yang memilih wanita berpunggung besar adalah lelaki yang mempunyai
gambaran yang lemah terhadap diri sendiri. Ini bermaksud mereka tidak
mempunyai pendirian yang kukuh. Mereka juga gemar menolong orang di dalam
kesusahan tetapi tidak mampu menolong diri sendiri.


Wanita Berbetis Besar

Lelaki yang memilih wanita berbetis besar adalah lelaki yang suka
menikmati kepada suasana yang tenang. Mereka juga mampu menjaga perasaan
pasangan dengan baik. Selain itu, biijak menggunakan fikiran dan perasaan.


Wanita Berbetis Kecil

Lelaki yang memilih wanita berbetis kecil adalah lelaki yang terlalu
mementingkan kecantikan. Mereka tidak mampu menangani kesusahan dan sering
berusaha menarik perhatian orang lain.

ADIL KE SEMUA NI UNTUK WANITA @ PEREMPUAN?

Apabila pompuan berpakaian cantik dan seksi, pompuan tu mahu kelihatan mengancam di mata teman lelakinya.
Tetapi bila teman lelakinya berpakaian kemas dan segak, secara otomatik pompuan tu rasa terancam. Takut takut pompuan lain terpikat ngan teman lelakinya. Ini adalah sebab mengapa pompuan kadang kadang tak peduli jika teman lelakinya berpakaian selekeh. Ini tidak adil!


Apabila pompuan berjalan di khalayak ramai, dia akan memastikan dirinya sentiasa dalam berkeadaan baik samada dari segi solekan muka, pakaian atau lenggang lenggoknya.
Ini kerana dia sentiasa mahu kelihatan mengancam walau dalam apa jua situasi pun. Tetapi apabila lelaki cuba berlagak macho di khalayak ramai, lelaki tersebut dikatakan cuba menarik perhatian orang terutamanya pompuan...atau lebih tepat lagi..cuba nak menggatal. Ini adalah antara sebab mengapa pompuan tak suka teman lelakinya berlebih lebih semasa di khalayak ramai. Ini tidak adil!



Apabila pompuan bersiap lawa lawa untuk pergi ke majlis keramaian, mereka menyatakan mereka perlu kelihatan mengancam kerana majlis tersebut hanya berlangsung sekali sekala.
Tapi apabila lelaki bersiap lawa lawa untuk pergi ke majlis keramaian, pompuan akan berasa terancam kerana beranggapan mesti lelaki tersebut ada rancangan lain selepas majlis tersebut. Ini adalah sebab mengapa pompuan hendak berjumpa ngan teman lelakinya sebaik saja majlis itu berakhir dengan seberapa segera yang mungkin. Padahal, lelaki pun nak merasa segak jugak untuk sekali sekala. Ini tidak adil!


Apabila pompuan perlu hadir ke majlis perjumpaan kawan kawan lama (sekolah, universiti atau sebagainya), mereka bersolek dan berhias secantik mungkin kerana selepas beberapa tahun tak berjumpa, sudah tentu mereka mahu kawan kawan mereka melihat mereka sentiasa mengancam.
Tetapi apabila lelaki pakai segak segak untuk pergi ke majlis perjumpaan seumpama itu, pompuan akan berasa terancam. Ini adalah kerana beranggapan lelaki tu mesti hendak berjumpa dengan teman wanita zaman sekolahnya dulu. Sebab tu pompuan nak ikut teman lelakinya jika ada majlis perjumpaan seumpama itu. Ini tidak adil!


Apabila pompuan kelihatan mengancam, mereka amat suka jika orang ramai memuji mereka dan berasa bangga apabila orang ramai bertanya itu ini bagaimana pompuan tu kekal mengancam.
Teman lelakinya hanya tersenyum bangga kerana ada teman wanita sebegitu rupa. Tapi apabila lelaki kelihatan mengancam, makin lama teman wanitanya berasa makin terancam. Maklum la, lelaki ni makin mengancam makin menjadi. Oleh yang demikian, pompuan tu akan cuba memastikan lelaki itu kelihatan mengancam ala ala kadar saja. Ini tidak adil!

Miang-Miang Lelaki..MIANG lagi Lelaki..

miang-miang keladi..miang lagi lelaki..
nape erk?? mungkin ketelusan sikap lelaki yang suka amik kesempatan terhadap gurl2 kt luar sane..kalo miang keladi sekali cuci dgn air sabun n letak sikit bedak 'aiken' hilang la miang 2..tapi miang lelaki ni camane nk hilang??? xkan nk simbah dengan minyak petrol baru nak hilang miang yang mungkin mengakibatkan peristiwa berdarah seterusnya jd kes polis..


Lelaki Miang Dan Mata Keranjang

Lagakseperti seorang lelaki yang berperwatakan liar.

Pada pandangannya luar biasa kerana yang diminati hanya tubuh gurl2..gurl2 mungkin tidak selesa dan berasa janggal jika selalu dipandang. Lelaki ni dorg tidak dapat menyembunyikan dorongan seksualnya. Mungkin dorg terpengaruh dengan filem dan bacaan porno atau pergaulan dengan rakan-rakan. Jadi, dorg mempunyai fikiran kotor.

Tanda-tandanya adalah seperti pegangan tangan dengan penuh bernafsu seperti ingin bermesra dengan gurl2. Rayuannya maut. dorg ni jenis suka wanita yang bertubuh cantik dan menggiurkan. Dorg juga suka memberitahu gurl2 bahawa bahawa ramai wanita tertarik dengannya dan dorg tidak segan mengatakan, betapa beruntungnya gurl2 memiliki dirinya.

Bahaya kan ..
lelaki jenis ini tidak mencintai anda sebaliknya dia hanya mencintai seks dan hanya suka dengan tubuh pmpuan. Setelah puas, pmpuan akan ditinggalkan begitu saja dan mencari 1001 alasan untuk meninggalkan gf nye..
Demi memenuhi keinginan lelaki ni..
dorg akan berusaha membuat perempuan lemah. Akhirnya, seolah-olah hanya dorg yang mampu membuat pmpuan berasa dicintai. perempuan mungkin mudah tertipu atau lebih buruk lagi pempuan ni mungkin kehilangan milik yang paling berharga. pempuan harus berhati-hati menghadapi lelaki yang mempunyai sikap seperti ini.

LELAKI SEPERTI BUAYA?? APA HEBATNYA...?

Lelaki buaya, sesuatu yang umum dan sering diucapkan. Lelaki buaya, apakah dia makhluk manusia atau makhluk binatang. Atau campuran kedua-duanya. Shhyyy…..! ini bukan masalah perasaan sang lelaki yang sering disebut buaya tapi istilah untuk lelaki kasanova...

Aku tahu, sejak bile laki-laki itu digelarkan dengan seekor buaya. Bahkan, aku jugak tahu sejak bile tuh buaya menjadi identiti laki-laki. Apakah buaya itu punya perasaan seperti laki-laki? atau laki-laki itu yang mempunyai perasaan seperti buaya???..

Lalu apa hubungannya lelaki yang suka memainkan wanita digelarkn dengan buaya. Puehh!! napa x disebut saja lelaki monyet, lelaki kambeng, lelaki biawak…… Apa istimewanya buaya, sampai dijadikan icon oleh para wanita di dunia, bahwa lelaki itu buaya. Sadis ya..!!

Andai buaya boleh bcakap, dan tahu dirinya di identitikan dengan manusia yang bernama lelaki. Boleh jadi, perang “armageddon II”. hihi… perang dunia antara kelompok buaya dan kelompok lelaki (mudah-mudahan pememenangnya mendapatkan lelaki-lelaki didunia yang suka mengatakan lelaki buaya. Mampozzz, jiakkakak).

Parahnya, hingga kini, orang juga tidak tahu siapa yang mencetuskan lelaki “buaya ini”. Begitupun buaya, dia x tahu sejak bile dirinya diidentitikan dengan lelaki. Gila ni..!!hehehhe…

Jangan-jangan memang org kita saja yang kaya buaya, suka makan orang, suka bunuh orang. Atau buayanya yang memang seperti laki-laki. Suka menggatal…

(menggatal!!)

Xi…xi…xi..







Tuesday, July 7, 2009

ular membelit sehebat ular berbisa

...ular dengan lidahnya bercabang...
sinonim dengan manusia lidah bercabang..iaitu "kuat menipu".. "putar belit cerita"..idea ni aku dapat dari personaliti sesorang yang mahu menyelamatkan diri dari kantoi dengan aweknya..and akhirnye menggunakan jalan terbaik untuk menyelamatkan dirinye.. menarikkan..??pada kebiasaanye digunakan untuk memanupulasi keadaan yg agak tegang.. bagi yang bertujuan baik 2, Alhamdulillah..tapi yang buruk 2,keadaan menjadi lebih sulit..

spesis ular ni same je habitnye..membelit n mematuk!!

habitnya biasa dilakukan oleh lelaki yang tidak berani mendedahkan identiti or menipu pasangannya..buruk betol perangai mereka!!

ular akan menular mencari mangsanya,n diantara mangsanya adalah org yg lemah..
umpama lelaki yg mencari pompuan yang boleh cair dgn setiap perkataannye..dengan kelemahan itu,mangsa akan ditipu dgn perbuatannya..
kebiasaanya,situasi berlaku apa bila lelaki itu kantoi dengan perempuan lain..kuar dengan perempuan lain..or menjalinkan hubungan sulit dengan perempuan lain..

mengapa perkara seperti ni sering berlaku??
>>kerana adanya sifat tidak pernah bersyukur dengan ape yang diperolehi..mencari kepuasan diri tanpa memikir orang lain..dengan adanya sifat BONGKAK..TA'BUR..SOMBONG..ANGKUH.. dan PENTINGKAN DIRI SENDIRI maka terjadi la perkara seperti ini..mereka tidak akan puas selagi ape yg mereka inginkan tidak akan tercapai..contohnya,..ingin memiliki wanita yang sempurna dimatanya..ape yg mereka perolehi tidak menepati ciri2 yg mereka mahukan, maka dengan itu mereka mengambil kesempatan terhadap kebaikan yang diberikan oleh pasangan mereka..ada situasi yang boleh contoh n menjadi tatapan buat pembaca blog aku ni..

SITUASI 1:
"kes penceraian sepasang suami & isteri"
selepas menjadi kehidupan sebagai suami isteri selama setahun lebih, si A telah bertemu semula dengan kekasih lama..dari hari itu, si A telah menjalinkan hubungan semula bersama bekas kekasihnya itu..hubungan mereka bukan hanya sebagai kekasih,malah seperti sepasang suami isteri..kerana mereka telah melalukan hubungan terlarang dan terkutuk bersama-sama..
dalam waktu hubungan cinta berputik, isteri kepada A sedang sarat mengandung.. A pula melayan bahteranya dengan bekas kekasihnya kerana tidak berpeluang melakukan perkara tersebut terhadap isterinya yang sarat mengandung anak pertama mereka..
akhirnya..
perbuatan mereka dihidu oleh isterinya dengan 1 panggilan tidak terjawap..
dan berlakulah pertengkaran antara mereka..
si A sanggup menghalau isterinya dari rumah & melafazkan cerai beberapa kali..
isterinya menyifatkan perbuatan ini berlaku akibat dari bekas teman wanita A..
isteri A mengambil keputusan untuk berjumpa dengan bekas teman wanita A..tetapi isterinya disalahkan kerana menganggu hubungan mereka & mengganggu wanita tersebut..
apabila waktu kelahiran tiba..
si A & teman wanitanya itu sedang menikmati percutian di Johor..
isteri A meminta supaya A balik & menyambut kelahiran anak mereka..
tetapi..
A menolak permintaan isterinya dengan alasan bekerja..
apabila isteri A selamat melahirkan anak mereka..
A telah membuat tuntutan penceraian di makamah..
dengan alasan:
tiada persefahaman
isterinya melakukan hubungan dengan lelaki lain hingga melahirkan anak
isteri nya tidak menghormatinya sebagai seorang suami..
isteri tidak menghormati keluarga A
isterinya tidak melakukan tanggung jawap sebagai isteri..
maka bercerai lah mereka dengan talak 1..
rujukan:
isterinya adalah seorang isteri mithali yang setia n jujur pada suami..
patuh dengan setiap suruhan suami.. dan tidak pernah curang..
seorang ibu yang baik..
sanggup bersusah demi mempertahankan rumah tangga..
berkorban demi anak yang bakal dilahirkan walaupun dilayan seteruknya,
dimaki hamun oleh keluarga A, dimalukan rakan sepejabat,
dihina masyarakat sekeliling..

dengan ketabahan isterinya sekarang..
hidup isterinya telah berubah..
dia menjadi lebih bahagia disamping anaknya..
membina kehidupan bersama anaknya..

SITUASI 2
>>X (lelaki) dan Y (perempuan)<<
sepasang kekasih yang bersama selama 2 tahun.. berkawan n menjadi sepasang kekasih atas perkara suka sama suka.. dalam keseronokkan menjalani kehidupan sepasang kekasih.. ada juga kesedihan terselit dalam hubungan mereka.. pasangan mereka memang nampak normal dimata orang yang lain tidak kengetahuinya. mereka menjalani kehidupan seperti pasangan yang lain.. tetapi.. X mempunyai habit yang suka menipu untuk menyelamatkan dirinya.. Y pula mempunyai firasat yang sangat mendalam mengenai X.. suatu hari.. X telah berjumpa dengan seorang perempuan di sebuah shopping complex ternama.. maka.. kawan kepada Y yang bekerja di shoppig complex itu telah terserempak dengan mereka.. kawan kepada Y telah memberitahu situasi tersebut dengan Y dan memberikan MMS kepada Y untuk kesahihan cerita tersebut.. Y menalifon X utk menanyakan keberadaan X.. tapi telefonnya dimatikan atas dasar tidak mahu bersedih atas perletakkan jawatannya.. apabila X menemui Y seperti biasa dilakukannya setiap pulang dari kerja.. Y menanyakan mengapa X mematikan telefon bimbitnya.. X hanya menjawap tidak mahu diganggu dan dia dalam kesedihan atas perletakkan jawatannya. Y bertanya kan kepada X kemana kah X pergi setelah seharian tidak masuk ke ofis? X menjawap,dia hanya pergi menenagkan fikiran di petaling street & klcc hanya pergi berseorangan.. dalam hati Y.. (hanya tuhan yang tahu) Y tidak bercadang untuk bertanyakan kepada X hal itu.. kerana Y mengetahui..Y akan disalahkan.. kerana X tidak pernah rasa bersalah n kesal dengan perbuatan yang telah dilakukannya.. Y bercadang untuk menunggu penjelasan sebenar..
kerana kesilapan yang dilakukan oleh X tuhan akan tunjukkan..


SITUASI 3
>>siti , abu , laura<<
(bukan nama sebenar)
siti dan abu sudah lama berpacaran..tetapi hubungannya telah bergoncang akibat munculnya orang ke-3 dalam hubungan mereka..
abu telah mengkhianati hubungan mereka dgn mengada hubungan bersama org lain..
abu mempunyai sifat panas baran yang sukar dikawalnya..
kerap kali die memukul siti atas menutupi kesalahannya sendiri..
abu pandai bermain kata dan memanupulasikan keadaan..
ape yang dilakukannya untuk mendapat kepuasan dirinya..
abu telah berkenalan dgn seorang wanita iaitu laura..
laura seorang kerani & berpendidikan tinggi..
laura seorang gadis cantik
dengan kecantikannya dijadikan alat untuk mendapat kemewahan hidup.
abu telah terpedaya dengan kecantikan laura
lalu mempertaruhkan cinta kepada laura..
abu mempertaruhkan harapan supaya mendapatkan laura menjadi sebahagian dari hidupnya

akibatnya..
perbuatan abu telah dihidu oleh siti..
siti bertanyakan hal sebenar kepada abu..
tetapi abu berang & menafikan perbuatannya
abu memukul siti
memaki hamun siti
hanya kerana ingin menafikan perbuatannya itu.
siti meminta bantuan rakannya utk mengetahui perkara sebenar..
siti telah pergi berjumpa dengan laura untuk memintanya berterus terang
laura mengaku hubungannya dengan abu..
siti berasa kesal dengan ape yang berlaku..
siti hanya berdiam & melihat lakonan abu didepannya..
ternyata sifat abu mula berubah hari demi hari..
laura meminta abu untuk memutuskan hubungannya dengan siti
sikap abu yang suka menipu membuatkan abu terpedaya dengan permintaan laura
abu mencari jalan supaya siti meninggalkannya..
hampir setiap hari pertengkaran abu & siti..
abu memukulsiti tapa rasa belas kasihan..
abu seolah-olah tidak mempunyai hati perut..
siti telah membuat laporan polis atas perbuatan yang dilakukan..
dan ingin merujuk hal ini ke pihak yang sepatutnya..
sikap suka menipu abu membuatkan siti berasa lebih kecewa..
hubungan mereka terhenti
abu pandai berkata-kata dan menabur janji yang tidak ditunaikannya..
abu tidak dapat menunaikan keinginan laura
kerana hanya mementingkan diri sendiri
akhirnya..
laura telah meninggalkan abu dan mencari laki lain yang boleh menampung hidupnya..
hidup abu mula bercelaru..
dengan tiada pekerjaan dan sumber kewangan
abu mencari siti untuk kembalikan padanya..
siti tidak menerima abu lagi
akhirnya abu menyesal dengan perbuatannya..
(..kecantikan tidak menjamin kebahagiaan..)

Sunday, July 5, 2009

praktikal yg selalu dilakukan..

Bagaimana Nak Dptkan No Tel Pompuan Dlm Masa 3 Min Je.

Kita start dgn perkara yg menarik:

Mari kita stop focus just ntuk dptkan no
tel. Saya dapati bahawa
email address adalah lagi bagus (walaupon sy
masih mahukan no tel).

Meh sy terangkan.

Skill2 ntuk dptkan no tel pompuan
masa beberapa thn yg lalu.

Jika seseorang pompuan tu single, sy
bole approach kat dia & aku leh
dptkan no tel cuma dlm seminit atau 2minit saje
(klu nak cpt).

Pompuan ni mempunyai byk sebab
untuk bagi diorang nyer nombor. Ada
yg saje suka2 untuk dptkan perhatian dari semua
lelaki yg call dia.
Ada juga yg suka kecewakan lelaki. Ada juga yg
sesetengah minat. Tp
dalam byk2 komen dari lelaki & dlm pengalaman
aku sendiri, pompoan
ni bersikap berbeza apabila bertelepon drpd face 2
face.

Bila korang nak call pompuan untuk 1st
time, dia selalunya akan
mula kurang minat atau lebih teruk, bersikap
bersahaja. Ia seperti dia
bkn orang yg korang jumpa.

Sy dapati untuk dptkan email address
bkn saje senang, tp ia lg akan
membolehkan korang dpt respon seterusnya.
Pompuan akan rasa dihargai jika
korang ambik mase ntuk berfikir apa korang nak
ckp masa korang antar email
kat kaum pompuan ni, dan diorang akan fikir
korang ni mcm diorang kenal.

Lagi satu kelebihannya email boleh
ditulis & dijawab bila2 masa.

CARA-CARANYA :

Selepas sy berbual ngan pompuan
ntuk 3 @ 4 minit, aku selalunya
akan berckp something mcm ni "Seronok berborak
ngan awak. Member sy da panggil
tu."

Diorang biasanya xtau apa nak buat,
yela biasanya kaum pompuan la yg
buat mcm tu. Dalam2 byk2 situasi, diorang akan
ckp "Sy pon seronok borak ngan
awak…" Lepas tu, aku pusing ke arah lain, (saat2
nak blah), aku pusing balik &
ckp "HEI!, awak ada email tak?"

Perkataan "HEY!" semacam terkejut,
dan "Awak ada email tak" pulak mcm
bersopan ckit. Sbrnya, teknikalnya aku nak minta
email dia klu dia ada, bkn dia
yg nak bg aku email.

Jika dia kata "Bole," aku kuarkan pen &
kertas dan ckp "Yekee bagusnya,
bole tuliskan", pastu aku bg dia yg tuliskan atas
kertas yg aku kuarkan. SEMASA
DIA SEDANG MENULIS TU, aku ckp "Tulis no hp
awk kat bwh tu skali."

Bila korang minta email, kuranglah
risiko bagi pompuan, so dia akan piki
"ok, saya bagi." Kebanyakan pompuan akan bagi
email tanpa byk piki, sebab
diorang tau yg diorang bole pilih xnak layan pon
xpe.

Yang magiknya ialah diorang mesti
tulis no phone SEDANG diorang tulis alamat
email. Itulah psykologi sikap manusia. Orait?

Si dia sendiri kata "OK, sy bagi awak
email address"..dan semasa dia tulis tu
korang ckp "Tulis no hp awk kat bwh tu skali", da
namanya NATURAL ntuk dia tulis saje.

Dalam kata lain, ia CUMA sbgi step
permulaan untuk dapatkan no tel dgn
sendirinya. Sy ambik masa lama untuk piki
camne nak dptkan no phone pompuan yg
cun melecun tu, akhirnya dgn step yg simple je
mcm magik korang pon leh buat hanya
menyuruh pompuan tu tulis no tel atas kertas
tanpa piki panjang.

Lain lak citer kalau pompuan tu xde
email, cthnya bila dia ckp "Apa, sy
xde email la, jarang main tenet ni" pastu aku trus
ckp kat dia "OOo, awak ada
telegram?" Ni la PELUANG bgs gunakan humor.

Pastu aku ckp "Klu mcm tu xpe la. Sy
lg suka email, no phone pon bole la.
Bkn pe sy ni malas ckit nak jwb tel org."

Apa yg korang kene buat cuma tanya
je.

Mcm sy ckp, byk care bole buat. Aku ada byk
pompuan nyer nombor tel. Slalunya
skill ni la aku guna untuk dptkan telefon pompoan
yg aku terserempak di public
spt kedai buku, masa beratur beli tiket wayang,
duduk sit sebelah pompuan & lain2.

Byk member2 tanya sy, apa nak jwb
klu pompuan tu tanya nak buat apa
bg no tel atau email. Tak pnah pompuan tanya
aku. Jika pompuan tu bagi tanpa
soal byk maknanya dia tau la kenapa korang
mintak. Jika dia x kasi, maknanya dia
juga tahu kenapa korang mintak.

Mari kita andaikan kesnya mcm ni.

Jika setiap kali, korang buat smooth,
cool, x gelabah, korang mesti
dapat byk email & no tel. Gerenti..

2 post penting..

JuRa Says: dah try? :-)

a'bir wardati Says: ada2 ja caranya.mm..wat pa la nk mintak no pon org xkenal??

DITIPU dan MENIPU?

Sama ada kita kaki menipu atau selalu ditipu, kedua-duanya tidak baik untuk manusia yang mempunyai harga diri. Dua perkataan yang bunyi lebih kurang sama. Tetapi yang jelas, kedua-duanya mempunyai makna yang tersendiri. Menipu bermaksud, mengenakan tipu daya. Manakala ditipu pula ialah, diperdaya oleh orang lain. Kenapa harus menipu? Atau kenapa harus diberi peluang kepada orang lain untuk membenarkan mereka menipu diri kita?

"Sudah dikecek,
dikecong pula."

Peribahasa di atas bermaksud, kena tipu lebih dari sekali. Amat malang bagi manusia yang tidak menjadikan kesilapan masa lalu sebagai panduan pada masa mendatang. Lebih malang apabila menyalahkan takdir di atas kesilapan diri sendiri akibat ditipu oleh orang lain. Menyalahkan takdir seperti juga menyalahkan Allah. Takdir itu tidak akan berlaku sekirannya, kita mengambil iktibar di atas perkara lepas. John Santayana pernah berkata, “Celakalah manusia yang mengulangi kesilapan yang pernah sejarah ceritakan.”

Kenyataan John Santayana ini disebenarnya telah disuarakan sendiri oleh Nabi Muhammad pada 1500 tahun lalu. Kata baginda, “Orang yang beriman tidak akan kena sengat dua kali dalam satu lubang" (Sahih Muslim). Apakah segnifikannya hadith di atas terhadap diri manusia? Hadith tersebut mengajar manusia bahawa kehidupan seseorang muslim yang mukmin, seharusnya terhindar dari melakukan kesilapan yang sama lebih dari sekali. Kerana ia melambangkan kebodohan dan kecuaian. Sedangkan Islam membawa panji kebijaksanaan dan keberhatian yang membawa kepada kebaikan kepada semua makhluk.

“Orang yang bijak itu nampak lebih besar walaupun umurnya masih muda, Manakala orang yang jahil itu nampak kecil walaupun umurnya sudah tua.”


Ayat di atas bukanlah hadith atau dalil-dalil yang dapat menghujahkan hukum. Ia cumalah sebuah ungkapan syair yang saya petik dari ribuan syair berbahasa Arab. Syair ini menggambarkan bahawa kebijaksaan itu tidak datang pada yang tua atau muda. Ia bergantung kepada manusia itu sendiri. Sama ada mahu menjadi Bijak atau Jahil. Beruntunglah mereka yang bijak dan mukmin, kerana mereka tidak akan menipu dan tertipu.


...SAYA GURAU SAHAJA...

“Siapakap senohong, Gelama ikan Duri,
Bercakap bohong, lama-lama mencuri.”


Bohong atau menipu adalah dua perkataan yang sama maknanya. Orang-orang Melayu dahulu, sangat kreatif dalam membina peribahasa. Ungkapannya indah, halus bunyinya dan mendalam isinya. Bohong atau menipu, membawa impak besar kepada diri yang menipu dan juga orang sekelilingnya. Kerana menipu bukan sahaja membawa impak negatif diri penipu, tetapi kadangkala memberi kesan kepada masyarakat. Menipu dalam apa jua, adalah sesuatu yang dilarang oleh Islam.

Sehinggakan Rasulullah menegaskan bahawa menipu untuk sekadar bergurau juga tidak dibenarkan dalam Islam. Sepertimana yang dikatakan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith, “Celakalah orang yang berbicara, padahal dia menipu, untuk sekadar membuat orang-orang tertawa, celakalah dia, kemudian celakalah dia." (Hadith ini Sahih dalam Bulughul Maram oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqolani)

Moga kita tidak termasuk dikalangan orang yang menipu dan tertipu. Kerana orang yang bergantung harap kepada Allah, dan sentiasa berusaha untuk menjadi Muslim yang mukmin, pasti tidak akan menipu atau tertipu. Artikel ini diharapkan dapat memberi teguran dan peringatan untuk kita bersama, termasuklah kepada diri penulis. Kepada Allah segalanya dikembalikan..


Apabila semangat keegoan, asabiyah dan ghurur merasuk dalam hati seseorang, dia akan berfikir dan bertindak mengikut hawa nafsu. Agama tidak lagi dijadikan rujukan, bahkan tiada sesuatu pun yang dapat menghalang daripada menzalimi orang lain. Kerana mereka yang berpenyakit ghurur ini menganggap apa saja mereka lakukan adalah benar dan tidak sedikit pun perbuatan mereka itu menyalahi agama dan syariat.

Kecelaruan belantara dunia menyesatkan ramai manusia. Potensi akal dan hati kurniaan Allah SWT serta turunnya syariat dibawa Rasul, bagi sebahagian manusia masih belum cukup mengalahkan kebuasan hawa nafsu diri mereka. Ditambah lagi dengan peranan hebat syaitan laknatullah yang tidak akan berganjak seinci dari lubuk hati manusia yang alpa. Hanya satu yang dapat melindungi manusia daripada kejahatan syaitan dan hawa nafsu, iaitu perlindungan Allah.