Saturday, June 13, 2009

taktik yang lazim digunakan lelaki untuk menipu wanita..

Kenapa mesti menipu dlm perhubungan??
Nak cari peluang utk buat hati org lain terluka?
termasuk hati org yg korang sayangi?
nape mesti ada penipuan?


Untuk mengelakkan dari tertipu, seorang wanita perlukan mencari kesederhanaan di dalam perhubungan. Jangan jadikan kemampuan seorang lelaki sebagai agenda utama. Rezeki dan kekayaan dapat ditahan oleh tuhan pada bila-bila masa. Firman Allah di dalam surah Al-Mulk ayat 21, “Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya?”

kejujuran mmg penting dalam sesuatu perhubungan …jujurlah dengan pasangan..terimalah seada dirinya..buat apa nk menipu…keikhlasan dr hati dapat memanjangkan lagi sillaturahim.
suka menipu dah jadi tabiat sesetengah orang tnpa memikirkan baik buruknya. apa yang penting kepuasan yang dicari. tak faham langsung dengan sikap orang yang begini. tetapi Allah telah menjanjikan setiap perbuatan itu pasti ada balasanya. maka beringatlah wahai saudara saudari ku sebelum diri anda menerima balasan yang tidak dijangka-jangka. apapun dalam perhubungan, keihklasan amatlah penting disamping menuruti ajaran agama. pasti anda akan temui sinar kebahagiaan yang abadi bukan dengan cara MENIPU..

Janganlah kita mempermainkan perasaan orang lain kerana suatu hari nanti kita akan terima balasan diatas segala perbuatan yang telah kita lakukan.cepat @ lambat kita tetap akan menghadapinya dan bagi orang yang dilukai @ dipermainkan tabahkan hati untuk teruskan kehidupan kerana sinar pasti kan ada untuk menerangi hidup kita dan kita akan bertemu dengan orang yang betul2 menghargai kita..pasti…insyaALLAH..

Masalah wujud apabila terdapat segolongan lelaki menggunakan pendekatan ini untuk menutup keslahannya..Pada penghujungnya, semua akan berakhir dengan perkara-perkara yg boleh menyebabkan pergaduhan sesama sendiri. Belajarlah bersikap jujur dengan pasangan anda dan orang lain.. Menipu bukan jalan yang terbaik malahan menipu akan mengundang lebih banyak masalah lagi.. Betul tak??? Terimalah pasangan anda seadanya dia.. Tiada manusia yang sempurna didunia ini..

KEJUJURAN AMAT PENTING DI DLM SEBUAH PERHUBUNGAN...MALAH KERAP KALI KITA SERING UNGKAPKAN PADA PASANGAN KITA.Namun tak semua yg berkata itu benar.Malah untuk menyedapkan pasangan memasing seringkali kejujuran itu di salah gunakan.Yang penting di sini sikap saling memahami jua sikap ketergasan hati utk bersama selama harus lah di semai tika cinta pertama berputik.Adat orang bercinta sememang nya banyak dugaan dan ujian malah maksiat sekarang ni makin menjadi-jadi hingga kan tiada rasa malu malah lebih suka menunjuk-nunjuk megah di tempat-tempat umum.Apakah ini semua berpunya dari didikan keluarga?mana letak nya peranan jabatan agama.kenapa sering kali kita menunding pada pihak-pihak tertentu sedangkan pihak tersebut hanya tersenyum memandang sikap tunding menunding jari.Sampai bilakah kita harus melihat semua nie.Berbagai bala serta bencana alam yang menimpa sejak kebelakangan ni.Masih tidak sedarkah kita lagi! masih dalam mimpi kah kita! di mana minda kita sebagai manusia.Dimana fikiran kita yang selama nie penat menelaah buku jua kerja!Apakah kita di antara satu orang yang lalai di muka bumi ni.Nauzubillah bangkit lah kembali kita harus membetul segala yang telah tersasar jauh..maksiat berleluasa,dosa di merata-rata si jahil senyum ketawa di dan si kafir riang berdansa melihat umat islam rosak semuanya..

Bertemu kerana Allah,
Bercinta kerana Allah,
Kahwin kerana Allah,
Berbuatlah sesuatu semata-mata kerana keredhaan Allah dan mengikut sunnah nabi,memenuhi syariat Allah
Bukan sekadar hawa nafsu semata-mata
insyaAllah , anda akan selamat dunia &akhirat dan dikurniakan pasangan yang secocok buat diri anda….

sekadar buat renungan…..” HADIAHKAN KU SETEGUK KASIH SAYANG BAK AL-FATIHAH YG PENYANYANG…KIRIMKN KU SESUCI KASH BAK AL-IKHLAS YG PUTH BERSIH…BISIKKN KU CINTA DI HATI BAK YASSIN YG KU PINTA…LERAIKN IKATAN KUSUT PASRAH DI DLM ALM NASHYRAH..TEGUHKN HATIMU BAK AL-KURSI SETEGUH ARASYH ALLAH SWT…

No comments: