semua penantian berakhir dengan selamat dan sempurna..
terdetik rasa penyelesalan dalam diri aku kerana tidak menghargainya dulu..
semua berlalu dengan cepat..tidak terkejar rasenye waktu yang berlalu pergi..
segalanya aku berserah kepada yang maha ESA untuk menentukan hala tujuan hidup aku..
berkat doa and restu mak ayah..
aku yakin semuanya yang aku lakukan selama 2 hari dan persediaan yang berbulan dapat mendatangkan hasil and menggembira semua ahli keluarga aku..dan juga orang yang banyak bagi semangat pada aku..(NM)..
kepada sahabat2 ku..
aku tidak pernah lupa segala kata2 semangat untuk perjuangan untuk aku teruskan perjuangan aku ni..
"seribu pengertian untuk diri aku"
aku bangga menjadi seorang anak dalam keluarga ni.."walaupun" keluarga aku tidak sempurna seperti keluarga orang lain..
aku bangga menjadi seorang adik n kakak dalam adik beradik aku.."walaupun" aku terpaksa mengalah dan memberi ruang kepada mereka...
aku bangga manjadi seorang yang istimewa dihati kekasihku.."walaupun" aku tidak sesempurna wanita lain..
aku bangga menjadi pendengar setia kepada sahabatku.."walaupun" aku dipergunakan dalam kesusahan mereka..
aku bangga menjadi penyumbang kepada bangsaku.."walaupun" sumbangan aku tu x memberi apa2 makna bagi mereka..
aku bangga menjadi semuanya walaupun pelbagai cabaran yang aku tempuhi selama ni..
hanya ini juga yang mampu aku berikan untuk mengucapkan "TERIMA KASIH" kepada semuanya..segalanya aku terima dan tidak pernah ada dendam dihati aku walaupun aku dihina seperti yahudi sekali pun..HUKUM ALAM yang membuatkan aku lebih terbuka dan redha dengan ketentuan dari-NYA..AKU HANYA BERSERAH pada takdir untuk menentukan nasib aku pada hari2 yang mendatang..
siapa aku yang sebenarnya..
>>inilah diri aku yang penuh dengan dugaan..cabaran..dan kesedihan..
apa matlamat aku..
>>hanya ingin melihat kegembiraan ibu ku..mengurangkan duka yang terpendam and mengubati keperitan ibuku..
untuk apa aku lakukan semua itu..
>>hanya untuk melihat orang tersenyum..ketawa..tidak mahu disakiti..tidak mahu dilukai..tidak mahu jatuh..tidak mahu lupa keadaan keadaan diri..
apa yang mereka tahu tentang aku..
>>inilah hidup aku yang serba kekurangan..tidak sempurna..masih mencari kelemahan diri..masih mengharap agar suatu hari aku akan temui jawapan yang bermain difikiran aku..
di manakah diri aku..
>>di situ lah kehidupan asal usul aku..serba kekurangan..masih ingin mencari identiti sendiri..berusaha mengecapi matlamat..and sentiasa REDHA dengan setiap perbuatan manusia ke atas manusia..
siapa di sisi aku..
>>mereka lah kesayangan aku..keluarga..teman..sahabat.. (all in One)
bilakah semuanya akan berakhir..
>> jawapannya ada pada sekeliling aku..yang tidak pernah berhenti menyakiti aku..
untuk apa aku lakukan semua tu
>>hanya ingin mengecapi hidup yang selesa bersama ibu ku..and membina hidupku sendiri dengan bahgia disamping nya..
kerana kekuatan yang tuhan bagi kat aku..2 hari aku bertarung untuk masa depan aku..segala mungkin..kekuatan ini juga mengingatkan aku betapa alphanya aku dalam membentuk siapa diri aku..aku hanya berdoa agar tuhan sentiasa bersama aku..agar tuhan memberkati hidup aku n mengampun semua dosa2 aku..
aku berharap perjuangan aku tidak sia-sia dan dapat menolong aku dalam mencapai semua hajat aku..INSYALLAH..
tuhan yang maha penyanyang,yang maha pengampun dan maha pengasih..
lindungi hidup aku dari segala kejahatan..
berkati lah hidup aku dengan kemuliaan..
dekatikan aku dengan orang2 yang soleh agar dapat ku sentiasa bersujud kepada MU
tempatkan aku dalam golongan orang yang beriman dan bertaqwa..
aminn..warabbala'lamin..
aku berharap perjuangan aku tidak sia-sia dan dapat menolong aku dalam mencapai semua hajat aku..INSYALLAH..
tuhan yang maha penyanyang,yang maha pengampun dan maha pengasih..
lindungi hidup aku dari segala kejahatan..
berkati lah hidup aku dengan kemuliaan..
dekatikan aku dengan orang2 yang soleh agar dapat ku sentiasa bersujud kepada MU
tempatkan aku dalam golongan orang yang beriman dan bertaqwa..
aminn..warabbala'lamin..
No comments:
Post a Comment