Thursday, June 25, 2009

MISSION ACCOMPLISHeddd..

Alhamdullilah..
semua penantian berakhir dengan selamat dan sempurna..
terdetik rasa penyelesalan dalam diri aku kerana tidak menghargainya dulu..
semua berlalu dengan cepat..tidak terkejar rasenye waktu yang berlalu pergi..
segalanya aku berserah kepada yang maha ESA untuk menentukan hala tujuan hidup aku..
berkat doa and restu mak ayah..
aku yakin semuanya yang aku lakukan selama 2 hari dan persediaan yang berbulan dapat mendatangkan hasil and menggembira semua ahli keluarga aku..dan juga orang yang banyak bagi semangat pada aku..(NM)..
kepada sahabat2 ku..
aku tidak pernah lupa segala kata2 semangat untuk perjuangan untuk aku teruskan perjuangan aku ni..

"seribu pengertian untuk diri aku"

aku bangga menjadi seorang anak dalam keluarga ni.."walaupun" keluarga aku tidak sempurna seperti keluarga orang lain..

aku bangga menjadi seorang adik n kakak dalam adik beradik aku.."walaupun" aku terpaksa mengalah dan memberi ruang kepada mereka...

aku bangga manjadi seorang yang istimewa dihati kekasihku.."walaupun" aku tidak sesempurna wanita lain..

aku bangga menjadi pendengar setia kepada sahabatku.."walaupun" aku dipergunakan dalam kesusahan mereka..

aku bangga menjadi penyumbang kepada bangsaku.."walaupun" sumbangan aku tu x memberi apa2 makna bagi mereka..

aku bangga menjadi semuanya walaupun pelbagai cabaran yang aku tempuhi selama ni..

hanya ini juga yang mampu aku berikan untuk mengucapkan "TERIMA KASIH" kepada semuanya..segalanya aku terima dan tidak pernah ada dendam dihati aku walaupun aku dihina seperti yahudi sekali pun..HUKUM ALAM yang membuatkan aku lebih terbuka dan redha dengan ketentuan dari-NYA..AKU HANYA BERSERAH pada takdir untuk menentukan nasib aku pada hari2 yang mendatang..

siapa aku yang sebenarnya..
>>inilah diri aku yang penuh dengan dugaan..cabaran..dan kesedihan..

apa matlamat aku
..
>>hanya ingin melihat kegembiraan ibu ku..mengurangkan duka yang terpendam and mengubati keperitan ibuku..

untuk apa aku lakukan semua itu
..
>>hanya untuk melihat orang tersenyum..ketawa..tidak mahu disakiti..tidak mahu dilukai..tidak mahu jatuh..tidak mahu lupa keadaan keadaan diri..

apa yang mereka tahu tentang aku
..
>>inilah hidup aku yang serba kekurangan..tidak sempurna..masih mencari kelemahan diri..masih mengharap agar suatu hari aku akan temui jawapan yang bermain difikiran aku..

di manakah diri aku
..
>>di situ lah kehidupan asal usul aku..serba kekurangan..masih ingin mencari identiti sendiri..berusaha mengecapi matlamat..and sentiasa REDHA dengan setiap perbuatan manusia ke atas manusia..

siapa di sisi aku
..
>>mereka lah kesayangan aku..keluarga..teman..sahabat.. (all in One)

bilakah semuanya akan berakhir
..
>> jawapannya ada pada sekeliling aku..yang tidak pernah berhenti menyakiti aku..

untuk apa aku lakukan semua tu

>>hanya ingin mengecapi hidup yang selesa bersama ibu ku..and membina hidupku sendiri dengan bahgia disamping nya..


kerana kekuatan yang tuhan bagi kat aku..2 hari aku bertarung untuk masa depan aku..segala mungkin..kekuatan ini juga mengingatkan aku betapa alphanya aku dalam membentuk siapa diri aku..aku hanya berdoa agar tuhan sentiasa bersama aku..agar tuhan memberkati hidup aku n mengampun semua dosa2 aku..

aku berharap perjuangan aku tidak sia-sia dan dapat menolong aku dalam mencapai semua hajat aku..INSYALLAH..
tuhan yang maha penyanyang,yang maha pengampun dan maha pengasih..
lindungi hidup aku dari segala kejahatan..
berkati lah hidup aku dengan kemuliaan..
dekatikan aku dengan orang2 yang soleh agar dapat ku sentiasa bersujud kepada MU
tempatkan aku dalam golongan orang yang beriman dan bertaqwa..

aminn..warabbala'lamin..

Saturday, June 13, 2009

Hanya yang melalui akan merasai, Hanya yang memahami akan mengerti.....

Lelaki kuat temberang? suke menipu? pembohong besar?
Situasi sebegini biasa terjadi dalam kehidupan lelaki. Mengapa lelaki cenderung menipu pasangannya? Apakah mahu mengelak krisis, lelaki lebih rela menipu dan memutar belitkan fakta sedangkan kadang kala, kebenaran yang cuba disembunyikan tidak memberi kesan buruk kepada hubungan andainya tembelang lelaki pecah?

Ada lelaki menipu tanpa niat. Bagi mereka, lebih baik tipu daripada teman wanita bermasam muka, naik angin atau mula bertengkar. Namun, dalam situasi seperti ini, bukanlah lebih baik lelaki menceritakan perkara sebenar? Jika pasangan saling mengenali diri masing-masing, sudah tentu segala prasangka atau andaian buruk dapat ditepis. Aku ada terbaca arkitel yang ditulis oleh Dr H M Tuah . Kata Dr H M Tuah, ada beberapa faktor mendorong lelaki menipu. Dalam soal perhubungan misalnya, ada lelaki bangga apabila berjaya menjalin hubungan dengan ramai wanita.

betul ke?........betul..betul..betul... (versi upin n ipin)

Photobucket

Aku stju sngt ngan ayat tu...tu lah sbnrnye yg menggambarkan siapa sbnrnye lelaki ....dlm 10 lelaki mgkn 1 je yg bleh dipercayai...tu pn tuah msg2...klu dpt bf yg jujur, ALHAMDULILLAH lah, tapi klu dpt yg jnis mcm ni kaki temberang, kelentong, asyik ckp bohong....ishhh nsb badan arrrr.....prangai manusia payah nak ubah...bawa smpi ke mati lah sifat pembohong n temberang tu......

SITUASI TEMBERANG 1
pakwe : sy nak tido ni...awk pun tido la,esok ade kelas...
awek : ok..awk pun tido la jugak..
pakwe : ok..byee....
awek : by jgk :)

(kononlah si pakwe tu dah tido nyenyak...rupe2 nye dok g makan ngan pmpuan lain...bile call xangkat alasan tpon tinggal kat umah, tpon xder batery lah....x sedar tepon berbunyi..ishhhh jahat kan...cian si awek, percaya giler kat pakwe...sdgkan pakwe dia dok kuar ngan gurl lain...dunia...dunia...)


SITUASI TEMBERANG 2

Seorang rakan baru-baru ini gelabah apabila teman wanitanya menemui anting-anting terselit di celah kerusi penumpang hadapan di dalam kereta yang dipinjamkan kepada kekasihnya itu. Berpeluh Adam (bukan nama sebenar) menjelaskan kepada buah hatinya bagaimana aksesori itu boleh berada di situ.

Adam yang teringat insiden keluar makan bersama rakan sepejabat, Linda (bukan nama sebenar) - gadis manis awal 20-an, ranggi, bergaya dan 'free hair', sehari sebelum 'diserang' teman wanitanya, pantas mencari alasan logik untuk menutup tembelangnya. “Awak jangan fikir bukan-bukan, itu anting-anting milik adik perempuan saya, Sarah (bukan identiti sebenar). Tak percaya tanya dia sendiri,” kata Adam memujuk teman wanitanya yang mungkin mula curiga dengan sikap Adam.

Lucu, sebaik memutuskan talian telefon bersama kekasihnya, Adam pantas menekan kekunci telefon bagi menghubungi Sarah. Sudah tentu adiknya itu perlu dijadikan ‘pelakon tambahan’ dalam ‘menjayakan’ satu lagi episod ‘kantoi’ dalam hidup Adam.


“Mereka akan merasakan diri mereka ‘jaguh’ bila mampu berbuat sedemikian. Namun, untuk melindungi perbuatannya serta takut dipersalahkan, mereka selalunya akan menabur janji dan juga menipu wanita yang menjalinkan hubungan dengan mereka,” ujarnya.

Dr H M Tuah menambah, menipu juga boleh dianggap sebagai ‘bakat semula jadi’ kerana ia memerlukan daya kreativiti.
(waaaaaa kreatif sngtlah tuuu)

“Sesetengah orang yang suka menipu memiliki bakat ini. Ia bergantung kepada langkah pertama mereka untuk menipu. Jika penipuan mereka itu menjadi, mereka akan berasa seronok dan menganggap diri hebat dalam soal ini. “Dari situ, mereka akan mengulangi perbuatan negatif ini sama ada pada waktu yang berkepentingan ataupun suka-suka. Tidak kurang juga yang seronok dan ketagih untuk menipu. Mereka tidak rasa bersalah melakukannya.

“Saya tidak setuju jika segelintir mengatakan mereka menipu demi untuk menyelamatkan keadaan atau tidak mahu sesebuah konflik berpanjangan. Perbuatan menipu sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan membuatkan ia semakin teruk bila penipuan itu terbongkar,” katanya.

Aku stuju dgn pendapat Dr H M Tuah tu...perbuatan menipu ni tidak akan dapat menyelesaikan masalah tetapi makin menambahkan masalah yang besar...Menipu boleh menyebabkan kepercayaan kepada kekasih terus hilang...sekali ditipu smpi bile2 pn akan sntiasa diingt lagipun tipu ni dh jadik tabiat dlm kehidupan org yg suke menipu.....



taktik yang lazim digunakan lelaki untuk menipu wanita..

Kenapa mesti menipu dlm perhubungan??
Nak cari peluang utk buat hati org lain terluka?
termasuk hati org yg korang sayangi?
nape mesti ada penipuan?


Untuk mengelakkan dari tertipu, seorang wanita perlukan mencari kesederhanaan di dalam perhubungan. Jangan jadikan kemampuan seorang lelaki sebagai agenda utama. Rezeki dan kekayaan dapat ditahan oleh tuhan pada bila-bila masa. Firman Allah di dalam surah Al-Mulk ayat 21, “Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya?”

kejujuran mmg penting dalam sesuatu perhubungan …jujurlah dengan pasangan..terimalah seada dirinya..buat apa nk menipu…keikhlasan dr hati dapat memanjangkan lagi sillaturahim.
suka menipu dah jadi tabiat sesetengah orang tnpa memikirkan baik buruknya. apa yang penting kepuasan yang dicari. tak faham langsung dengan sikap orang yang begini. tetapi Allah telah menjanjikan setiap perbuatan itu pasti ada balasanya. maka beringatlah wahai saudara saudari ku sebelum diri anda menerima balasan yang tidak dijangka-jangka. apapun dalam perhubungan, keihklasan amatlah penting disamping menuruti ajaran agama. pasti anda akan temui sinar kebahagiaan yang abadi bukan dengan cara MENIPU..

Janganlah kita mempermainkan perasaan orang lain kerana suatu hari nanti kita akan terima balasan diatas segala perbuatan yang telah kita lakukan.cepat @ lambat kita tetap akan menghadapinya dan bagi orang yang dilukai @ dipermainkan tabahkan hati untuk teruskan kehidupan kerana sinar pasti kan ada untuk menerangi hidup kita dan kita akan bertemu dengan orang yang betul2 menghargai kita..pasti…insyaALLAH..

Masalah wujud apabila terdapat segolongan lelaki menggunakan pendekatan ini untuk menutup keslahannya..Pada penghujungnya, semua akan berakhir dengan perkara-perkara yg boleh menyebabkan pergaduhan sesama sendiri. Belajarlah bersikap jujur dengan pasangan anda dan orang lain.. Menipu bukan jalan yang terbaik malahan menipu akan mengundang lebih banyak masalah lagi.. Betul tak??? Terimalah pasangan anda seadanya dia.. Tiada manusia yang sempurna didunia ini..

KEJUJURAN AMAT PENTING DI DLM SEBUAH PERHUBUNGAN...MALAH KERAP KALI KITA SERING UNGKAPKAN PADA PASANGAN KITA.Namun tak semua yg berkata itu benar.Malah untuk menyedapkan pasangan memasing seringkali kejujuran itu di salah gunakan.Yang penting di sini sikap saling memahami jua sikap ketergasan hati utk bersama selama harus lah di semai tika cinta pertama berputik.Adat orang bercinta sememang nya banyak dugaan dan ujian malah maksiat sekarang ni makin menjadi-jadi hingga kan tiada rasa malu malah lebih suka menunjuk-nunjuk megah di tempat-tempat umum.Apakah ini semua berpunya dari didikan keluarga?mana letak nya peranan jabatan agama.kenapa sering kali kita menunding pada pihak-pihak tertentu sedangkan pihak tersebut hanya tersenyum memandang sikap tunding menunding jari.Sampai bilakah kita harus melihat semua nie.Berbagai bala serta bencana alam yang menimpa sejak kebelakangan ni.Masih tidak sedarkah kita lagi! masih dalam mimpi kah kita! di mana minda kita sebagai manusia.Dimana fikiran kita yang selama nie penat menelaah buku jua kerja!Apakah kita di antara satu orang yang lalai di muka bumi ni.Nauzubillah bangkit lah kembali kita harus membetul segala yang telah tersasar jauh..maksiat berleluasa,dosa di merata-rata si jahil senyum ketawa di dan si kafir riang berdansa melihat umat islam rosak semuanya..

Bertemu kerana Allah,
Bercinta kerana Allah,
Kahwin kerana Allah,
Berbuatlah sesuatu semata-mata kerana keredhaan Allah dan mengikut sunnah nabi,memenuhi syariat Allah
Bukan sekadar hawa nafsu semata-mata
insyaAllah , anda akan selamat dunia &akhirat dan dikurniakan pasangan yang secocok buat diri anda….

sekadar buat renungan…..” HADIAHKAN KU SETEGUK KASIH SAYANG BAK AL-FATIHAH YG PENYANYANG…KIRIMKN KU SESUCI KASH BAK AL-IKHLAS YG PUTH BERSIH…BISIKKN KU CINTA DI HATI BAK YASSIN YG KU PINTA…LERAIKN IKATAN KUSUT PASRAH DI DLM ALM NASHYRAH..TEGUHKN HATIMU BAK AL-KURSI SETEGUH ARASYH ALLAH SWT…

PERKARA YANG SELALU DILAKUKAN OLEH LELAKI

MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, kalo yang tak seberapa nak hensem tu camane pulak?? mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji... hahaha sedarlah!

MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya..

MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Friday, June 5, 2009

Kajian Untuk DIA

Selepas itu aku dengar kajian dia lebih bermakna kerana disertai dengan method-method tertentu yang boleh mengaitkan perlakuan bodoh itu dengan aspek psikologi, kesan, pengaruh dan seterusnya membentuk masa depan “perempuan bodoh” kajian aku ni..

Katanya, “dalam setiap diri perempuan ada sifat kebodohan walaupun sedikit. Nilai kebodohan itu bergantung kepada taraf pendidikan dan agama perempuan tersebut dan ‘perempuan bodoh’ itu akan selalu melakukan perkara bodoh berulang kali..x habis2 nk menyusahkan hidup orang..yang x boleh tengok kebahagiaan org..yang nak rampas kebahagiaan orang..”

Dan sampai sekarang aku rasakan ada rasa ketidakfahaman dalam diri aku tentang konsep ‘perempuan bodoh’ yang dalam kajiannya aku. Akhirnya, sejak kebelakangan ini , sejak aku mula berfikir secara matang, saya dapat lihat ‘perempuan bodoh ada di mana-mana. sekeliling aku.." x faham nape perangai dorang ni sebijik macam B****..

Tapi wajarkah sesetengah perkara yang tidak berhasil atau tidak baik itu dikira sebagai ‘bodoh"


Bodoh tu subjektif sangat ar tapi aku prefer kt pompuan yg x hbs2 nak ganggu hidup aku.. Apa kata kalo kiter tukar jadik pompuan bangang? pompuan bahlol ke..Lagi patut kot.. Haha! Aku bukan bodoh sebab buat blog membebel. Kalo x, x jadi la blog tu lemak berkrim disukai ramai. Sebaliknya, aku x bangang sebab aku tahu apa aku buat.sbb ape yg jadi pada aku sekarang membuatkan aku lebih terbuka n mengambil tindakan atas perbuatan perempaun bodoh tu.. sape yang jadi mangsa? lelaki yang aku rase x pernah pedulikan perasaan aku..yang x sedar sape sebenar diri dia..yang dia tahu,dia hanya menganggap semuanya kesalahan diletakkan atas bahu aku..walaupun dia cuba untuk TRY pompuan lain n kantoi dengan aku secara terang2..ni masuk lagi sorang pmpuan yang penah dia minat..n sekarang nak jadi mangsa die lagi..STUPID GUY!! "wa tau lu x penah setia dgn wa..and wa tau ape yang lu nak dr wa.."

bodoh! senang je, perempuan boleh dianggap bodoh jika dia melakukan sesuatu perkara yang bodoh sedangkan dia tahu akibat dari perbuatan bodohnya itu adalah tidak baik. seperti...


OH..LELAKI!!

I couldn't agree more...

It's true..well..nearly 80% true kot walaupun lelaki ni ade perempuan, dia nak cuba nasib kat pompuan lain. Konon2 nak tengok dia ni hebat ke tak ngorat pompuan lain plak.

Ni bukan kepada lelaki yg berkahwin ye tapi boleh jugak untk laki yang x sedar diri.. Laki dah kawin ni cerita lain plak (kne kaitkan ngan poligami..tu satu hal lain). Laki dah kawin pun takleh memandai2 ngorat perempuan lain kalau nak kawin extra sekalipun. Got to do the HALAL WAY.

Ni entry khusus tuk laki yg tak kawin lagi..yg suke2 kapel tu untuk mencapai tahap kepuasan mereka..yg suke nak perdaya perempuan utk memuaskan nafsu tuh..ha..dan menyekandalkan diri dengan pompuan lain..dan menjadi pompuan sebagai alat untuk tunjuk EGO korang kat pompuan yang reject dorang..ni status utk korang la nih.

Jgn nk tipu la status ni tak betul. Tak betul tu applies to....ade la certain2 people dari kalangan orang yg nak kapel tuh. Tapi majoriti nyer ade dalam kelompok yg mencuba nasib mengorat perempuan lain selain yg dia dah bejaya mengorat. Kata mudahnya.. 'tak setia' la..kiranye perasan bagus la ni sbb orang laki ni ingat dorg tu bagus sangat..sebab tu dorg lambat sedar bahawasanye dorg ni mmg golongan LEMBAB..dlm istilah melayu ckp.."dah terang lagi nak bersuluh"

Ape2 pun, kaum perempuan sila lah jgn terpedaya dengan ayat2 manis seorang lelaki keran
a boleh jadi dia seorang yg penipu je. Fokus utama lelaki adalah mendapatkan ape yg dia mahu..dan tentunya perempuan tahu ape yg seorang lelaki mahukan? So takpayah bertindak bodoh merelakan diri utk diCAIRkan oleh seorang lelaki. Tapi kalau nak jadi bodoh jugak terpulang~...jgn nnt bile dah dirogol atau dh pregnant baru nak nangis ye.

Dan pada kaum lelaki..hentikanla perbuatan yg tak berfaedah anda mencari ramai perempuan yg konon2 tergila2kan anda.. Anda tahu tak bahawa anda seorang lelaki yg tak berguna..hidup utk mencari perempuan semata2...hina btul anda memilih perhiasan dunia yg sementara semata2.

Kaum perempuan, 'batu'kan hati anda (buat muke stone je) ketika mana seorang lelaki mengayat anda dalam attempt utk mencairkan hati anda. Selagi tak bersedia nak kawin, jgn nak mudah mencairkan hati anda kerana sepatutnya hati anda hanya utk seorang lelaki yg ade title SUAMI sahaja!

Kaum lelaki, hentikan perbuatan bodoh anda ketika tiap kali perempuan yg cantik dan comel lalu didepan anda..anda mula meronta2 dan menjerit bagaikan beruk gila menyebut "fuh..lawa giler awek tuh!!"..."arghhH! cunnyerr!!!".pantang nampak..pantang kena ayat sikit dah jadi bebal!! kaum laki ni pn tahu sebebal mane dorg ni..tapi x sedar dek untung..

Wahai perempuan, ape perasaan anda ketika mendengar seorang lelaki berkata begitu? adakah anda bangga atau menyampah? Kalau anda menyampah, itu tanda yg positive. Jika anda bangga..maka ketahuilah bahawa lelaki2 yg meronta bagai beruk ini hanyalah mahukan kecantikan fizikal anda semata2..nak body korang jela pendek cerita. So why sacrifice urself for useless people like .....?!!

BERFIKIR SIKIT (banyak actually) WAHAI MANUSIA!!!





Wednesday, June 3, 2009

DISEBALIK 14 APRIL



Pendapat korang...
Boleh tak panggil dia "seekor perempuan"?
Boleh lah! Pasal perangai dia pun macam beruk!

BEROK ni mcm muke ADMIRE DIA....
Girl-friend sape ni ekk?

monyet ni sebijik macam muke
'CIKGU TUISYEN & BABY SITTER'

Cuba tengok...
Nak kata comel, bukan anak monyet...
Nampak macam monyet 'Dewasa' tapi fikiran langsung x MATURED!
Monyet ke berok ni??
Ade OTAK x nak pikir..
Macam BEROK ni jugak
Masih lagi nak menganggu hak orang..
Masih x boleh nak fikir..
Bertindak lagi macam berok jalanan ...

(Inilah kalau org dah tak percaya kepada qada dan qadar ALLAH)

WHO CARES?

“kalau dah Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
pikir la sikit hak orang..jangan main rembat je..

Entah la....
Tengok je la berape lame....

aku sangat dhaif dengan limpahan kekurangan. Ayat-ayat yg mungkin menyucuk-nyucuk anak tekak, atau memuntahkan segala isi perut. Atau cerita basi yg busuk lagi memualkan. Kisah-kisah selekeh yg membosankan atau cerita remeh yg tidak patut diwar-warkan. aku tidak pandai menzahirkan pendapat atau seorang yg sangat berani memperjuangkan prinsip dan pendirian hidup. aku bukanlah siapa-siapa.aku manusia penuh kekurangan. Kelemahan yg membuatkan diri tidak sempurna layaknya sebagai manusia.

KU TUNGGU KEJUJURAN MU..

Banyak orang bersembunyi dibalik kebohongan, dengan alasan "jika bohong itu untuk kebaikan, kenapa tidak".. tapi maaf, aku tak sependapat pendapat yang agak bodoh.. biarkan aku sakit karena mahu kan kejujuran daripada bahagia kerana kebohongan.

aku tunggu Kejujuran mu

aku tuliskan sajak sindiran malam..cerita sindiran..lagu sindiran...
Dengan aroma yang kusam
Lebam, kelam dan penuh ratapan

Kau...
Memperdayai aku dibalik kepercayaan aku
Masihkah kesetiaanku kau uji dan kau pertanyakan
Hingga membuat sekat-sekat di dalam hati aku

Kudengar...
Nada ucapanmu bergetar
Jelas sungguh ada yang janggal
"itu ada yang kau sembunyikan"

Kala mulut berucap, kukatakan :
"terima kasih kau telah jujur padaku"

Namun hati menolak tuk meyakini
"kau telah menipuku"

Sedar, disana masih ada yang mengetahui
Sabar, tak apa kau tipu aku hari ini
Tapi, masih kutunggu kejujuranmu sampai kini
Pasti...