Friday, May 29, 2009

Cinta Yang Abadi

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.

Tetapi mengapa Tuhan hanya..
menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta... Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai,
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yangtersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya...

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian
untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati
seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa durimawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamubertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarangdan bukan siapa dia sebelumnya.

Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Temanpercintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, daradan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnyakerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadikurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambutoleh para pecinta palsu.Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya. Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinyabijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalamlaut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.


Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing. Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin.

Inilah
dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamucintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran.
Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi
racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta. Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimutanpa pertimbangan.

Ada Apa Dengan Cinta ?

Cinta tidak mempunyai undang-undang

Cinta pandang pertama adalah cinta yang akan kekal abadi

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.

mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah
dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya
cinta !

Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.

Cinta itu membuatkan kamu gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yangmemerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas perbuatan kita. Keikhlasan dalam bercinta bererti tidak mengharapkan balasan cinta atas kasih yang kita curahkan padanya.

Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat


Barangsiapa yang belum pernah jatuh cinta, ia telah membangunkan langit di atas bumi -Pujangga Barat

Orang yang menulis surat cinta itu kurus dan orang yang membacanya gemuk
-Pepatah Belanda

Keburukan dapat disembunyikan apabila timbulnya rasa cinta -Pepatah Greek

Cinta tidak mempunyai undang-undang

Cinta pandang pertama adalah cinta yang akan kekal abadi

Cinta lebih tua daripada alam ini kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar cinta -Muttanabi

Cinta ialah penyakit -Taufiq Al-Hakim

Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya.

“ Manusia hanya merancang,. Allah yang menentukan..”

Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

KENAPA

Sebelum ku kenalimu
Hidupku cukup ngan suka duka
Tak pernahku sangka semuanya akan berubah
Dikau bagaikan cahaya, bagi jiwa ku ini
Tak mungkinku lupa katamu kan sentiasa di sisi
Bagaikan satu kisah cinta kita berdua ke mana
Asyik berpegangan tangan orang lain dilupakan
Apa terjadi, diriku ni masih tertekan
Hati dilukai setelah janji ditunaikan
Tiap kali ku fikir, tiada guna bersedih
Rakan-rakan katakan buang masa ku cintai
Dikau punca pedihku, tiada baik darimu
Tiada langsung yang benar dalam ungkapan bibirmu

Kenapa harus ku bercinta
Kenapa ku begini
Kenapa harus ku tanggung semua
Kenapa harus ku bercinta
Kenapa ku percaya
Kenapa aku diperbodoh kasih

Tak mungkin ku lupa kali pertama bersua
Tak sangka, dikau kan menjadi pedih yang kan dalami jiwa
Siang malam termenung, sedih memakan hati
Tak pernah ku ingat ku boleh diluka begini
Namun ku cekal hatiku, tuk melupakanmu
Ku tahu kau begitu
Malas ku nak rayu, buang tenagaku
Kau takkan mendengarku
Selamat tinggal oh kasih
Janganlah iri hati
Hidup baru kan mula bila terbitnya mentari

Kenapa harus ku bercinta
Kenapa ku percaya
Kenapa harus ku diperbodohkan
Kenapa harus ku merayu
Kenapa ku percaya
Kenapa harus ku dikecewakan kasih

Kenapa harus ku bercinta
Kenapa ku percaya
Kenapa harus ku diperbodohkan
Kenapa harus ku merayu
Kenapa ku bercinta
Kenapa harus ku pegang janjimu

Kenapa harus ku merayu
Kenapa ku bercinta
Kenapa harus ku diperbodohkan
Kenapa harus ku percaya
Kenapa ku bercinta
Kenapa harus ku pegang janjimu
Kasih

Sekian lama telah ku simpan rasa ini di hati
Baru kini ku berani tuk mengatakan oh gadis
Dikau punca segala, kepedihan di hatiku
Tak ingin lagi ku lihat wajahmu di hadapanku
Sebelum ku kenalimu
Hidupku cukup ngan suka duka
Tak pernahku sangka semuanya akan berubah
Dikau bagaikan cahaya, bagi jiwa ku ini
Tak mungkinku lupa katamu kan sentiasa di sisi
Bagaikan satu kisah cinta kita berdua ke mana
Asyik berpegangan tangan orang lain dilupakan
Apa terjadi, diriku ni masih tertekan
Hati dilukai setelah janji ditunaikan
Tiap kali ku fikir, tiada guna bersedih
Rakan-rakan katakan buang masa ku cintai
Dikau punca pedihku, tiada baik darimu
Tiada langsung yang benar dalam ungkapan bibirmu

Kenapa harus ku bercinta
Kenapa ku begini
Kenapa harus ku tanggung semua
Kenapa harus ku bercinta
Kenapa ku percaya
Kenapa aku diperbodoh kasih

Tak mungkin ku lupa kali pertama bersua
Tak sangka, dikau kan menjadi pedih yang kan dalami jiwa
Siang malam termenung, sedih memakan hati
Tak pernah ku ingat ku boleh diluka begini
Namun ku cekal hatiku, tuk melupakanmu
Ku tahu kau begitu
Malas ku nak rayu, buang tenagaku
Kau takkan mendengarku
Selamat tinggal oh kasih
Janganlah iri hati
Hidup baru kan mula bila terbitnya mentari

Kenapa harus ku bercinta
Kenapa ku percaya
Kenapa harus ku diperbodohkan
Kenapa harus ku merayu
Kenapa ku percaya
Kenapa harus ku dikecewakan kasih

Kenapa harus ku bercinta
Kenapa ku percaya
Kenapa harus ku diperbodohkan
Kenapa harus ku merayu
Kenapa ku bercinta
Kenapa harus ku pegang janjimu

Kenapa harus ku merayu
Kenapa ku bercinta
Kenapa harus ku diperbodohkan
Kenapa harus ku percaya
Kenapa ku bercinta
Kenapa harus ku pegang janjimu
Kasih

Sekian lama telah ku simpan rasa ini di hati
Baru kini ku berani tuk mengatakan oh gadis
Dikau punca segala, kepedihan di hatiku
Tak ingin lagi ku lihat wajahmu di hadapanku

Friday, May 22, 2009

KALAU LAH AKU TAHU...

ape sebenarnye keinginan kau..?
aku perlu penjelasan dari kau..
kenapa sampai sekarang aku masih lagi tertanya hubungan aku dengan kau walaupun sudah sekian lama aku bersama dengan kau..
kau langsung tidak mengambarkan apa yang kau nak dari aku sebenarnya..

aku x faham & aku xkan faham..
dan aku mintak jawapan dari hati kau..bukan dari keinginan kau..
kenapa kau x pernah puas untuk menyakitkan aku?
ape tindakan kau ke atas aku cukup ke untuk mengambarkan sayang kau pada aku?

kalau lah aku tahu ini akan berlaku..
sikit pon aku xkan mengambil tahu ape yang membuatkan orang lain bangga dengan diri ko..
sikit pon aku xkn keluarkan duit ringgit aku untuk menolong ko..
sikit pon aku xnak amik tahu ape yang terjadi..

kalo aku tahu..
ko akan mengambil keputusan dengan membelakangi diri aku sebagai pasangan ko..
ko akan akan mengambil langkah tanpa memberitahu aku..
ko boleh buat semuanya bersendirian tanpa aku..

aku tidak akan..
bagi pandangan untuk ko improve..
memberikan sedikit pun perkhidmatan aku terhadap ko..
menghulurkan sedikit bantuan untuk ko beli lens ko..
memenatkan badan aku menolong ko edit gambar..
membazir waktu aku untuk menolong koambil gambar..
mengeluarkan duit aku aku untuk menolong ko..
tolong "rekemen" kn kawan aku or sedara aku kt ko..
carikan model untuk ko..

sebab aku rase ko memang dah x perlukan aku..ko boleh buat keputusan sendiri belakang aku.. ko dah KHIANAT perjanjian..!! susah deal dengan orang yang xtahu menghargai pengorbanan orang lain..yang x ingat jase orang..yang pentingkan diri sendiri..yang xtahu tentang hati orang..
"what goes around is goes around"

Thursday, May 14, 2009

AKU HANYA BERSERAH SEGALANYA PADA TAKDIR

"Segalanya telah tertulis untuk aku..Semua sudah suratan untuk aku..Semuanya adalah tercipta untuk aku..Walaupun jalan yang aku lalui terlalu banyak dugaan dan rintangan,aku hanya mampu berserah pada NYA.."

12/05/2009
Hari yang begitu menyakitkan untuk aku..Bile keadaan camni terjadi, aku anggap semuanye adalah sudah tertulis dalam hidup aku..Aku cube untuk melupakan peristiwa yang lalu..Hari demi hari aku memohon pada tuhan bilakah sengsara hidup aku akan berakhir..aku berdoa setiap pertemuaan aku dengan NYA..Bahawa sesungguhnya dia lebih mengetahui apa yang aku lalui.. Bagaimana aku nak lalui hari-hari seterusnya? Bagaimana aku nak lalui peristiwa ni..aku xbole lari dari masalah..tapi, bagaimana aku nak lalui semua ni bersendirian.. tanpa sesiapa disisi aku..tanpa sesiapa yang nak dengar rintihan aku..tanpa sesiapa yang ingin mendengar masalah aku..macam2 benda yang aku terpikir sampai sekarang..dari awal sampai sekarang..nape aku melayan emosi aku.. nape aku takut untuk berdepan dengan kebenaran??

Aku tau aku dijalan yang benar..sampai bila aku nak menyakitkan & menyiksa diri aku sendiri..parut2 dulu tak terampun lagi..aku menambah dengan parut2 baru..kena aku tak dapat mengaplikasikan masalah aku pada orang yang betul2 faham aku..yang betul2 kenal aku..aku terasa diri aku amat kecil sekali..amat malang..amat-amat lah semuanya..tidak ade yang istimewa dalam hidup aku..aku hanya menyusahkan sekeliling aku..

Kenapa aku masih teringat lagi sejarah dulu? Adakah sebab hentakan dari masalah yang aku terima? Kenapa selepas aku tengok 'budak gila' hari tu aku jadi lebih emosi? adakah aku ikutkan perasaan benci aku ni? adakah aku nak membalas dendam terhadap perbuatan pada aku dulu..? Aku minta maaf jika perasaan aku terbawa kepada orang lain..sebab aku x boleh mengawal perasaan yang teramat sedih sekali..selama ni aku hanya memendam seorangan..tiada sesiapa pun disisi aku..

apakah yang patut aku lakukan?
mengharungi masalah ini seorangan dan berdepan dengan dugaan yang paling berat ni bersendirian?




BERTERUS TERANG LAH WAHAI KEKASIH KU..

Persoalan yang terbina dalam diri aku..Hari demi aku fikirkan jalan2 yang aku lalui ni sangat MENYAKITKAN dan sangat PEDIH..Dalam fikiran aku hanya "berserah pada takdir" tapi apekah ini keadilan untuk diri aku yang bersabar dengan KEJIAN..CACIAN dan PENGHINAAN sepanjang hayat? Mampukah aku bertahan dan mampukan aku menahan dengan semuanya ni?

Kenapa susah sangat nak memahami aku..?
Kenapa masih ada rahsia antara kita?
Kenapa susah untuk berterus terang dengan aku?
Kenapa mesti menyeksa aku?
Kenapa aku yang mesti disalahkan?
Kenapa susah untuk mengaku salah?
Kenapa mesti aku untuk mempermainkan aku?
Kenapa mesti menyakitkan aku?
Kenapa mesti berpura-pura menyanyangi aku?
Kenapa berpura-pura menyintai aku?
Kenapa berpura-pura merindui aku?

Kenapa masih ada 'DIA' dalam hidup kau?

KENAPA..??

Tidak cukupkah perhatian yang aku dah bagi pada kau?
Tidak cukupkah pengorbanan yang dah aku lakukan untuk kau?
Tidak cukupkah aku kau sakiti?
Tidak cukupkah kebahagiaan yang aku beri?
Tidak layakkah aku menjadi sebahagian dari hidup kau?
Tidak sempurnakah aku bagi pandangan kau?
Tidak cukupkah selama ini aku merindui kau?
Tidak cukupkah cinta yang aku berikan?
Tidak cukupkah selama ini aku disisi kau?

Berikan aku segala jawapan yang selalu bermain kat fikiran aku..
Berikan aku segalanya..

>>Jika aku adalah kekasih kau..

BUKTIKAN KESETIAAN KAU PADA DIRI AKU..
BUKTIKAN SEGALANYA...

Thursday, May 7, 2009

Who says that the person wearing hijab can't be fashionable & in fashion in the same time?

Sape bilang yang bile perempuan bertudung x boleh berfashion??
salah tuuu..!!
Bile kite berfashion, kt lebih nampak bkeyakinan n menarik.. (based on usia la..) tp ade segelintir minah bertudung ni, ter 'over' la pulak.. ketat mentat..sendat mendat..alahai...!! based on dress up..jgn terlampau dan melampau.. and i can guaranty that yOu wOn't regret kalau pengayaan kita ni dapat puji-pujian as they are pretty..trendy in fashiOn and mOst of all they are wOrth to buy with verrraayy reasOnable on fashion that advise by what they wearing..
Ade sesetengah remaja perempuan..yg agak obses ttg fashion ni...even bertudung, dorg nampak confident dengan ape yg dorg pakai..warna yg dorg kenakan..WAHHH..bf die mule la wat muke eksyen..konon2 awek die CUN la sangat..tapi ade yg setengah pula terbatas pengayaan dorg.. nampak mcm fasion makcik2 nk pg pasar malam.. XSESUAI!! umur dlm 20-30 thn..tp pkai blous yang agak ..... ?? nampak la muke 2 lg tue dr umur sbnr.. ade jugak yg x ikut saiz badan..dah tau gemok pkai bj saiz "s" iaitu sendat @ sempit..ade jugak yg pkai baju besar..nk pg riadah pn mcm xsesuai dengan bj dorg tu..nmpk dorg lg selesa pkai bj lengan pjg lelaki..
JANGAN DISEBABKAN BERTUDUNG,segala kehendak kita terbatas..
Yg jugde kita adalah ALLAH..bukan manusia..manusia mmg pandai mengkritik,tp dorang x sedar pada dr sendiri..Yg pkai tudung pon xsemestinye baik..yang xpakai tudung pun xsemestinye jahat..ade yg pakai tudung, kalo terkinja-kinja sampai tersingkap sana sini.. no point jugak..hahaha.. malu lah.. siap post kn gmbr 2 bg org lain tgk betapa bangganye diri bile mendongak ke langit.. tapi, bile nak compare kan org yg 'TIDAK BERTUDUNG'.. sifat dorang lagi mulia..biase la, bile bab2 camni..orang yang rase diri die alim..sentiasa pandang rendah kt dorg..
macam hinaan dan kejian dorg dapat.. xde la dorg nk expose diri mcm bangsa lagi satu ni.. aku x cakap yang betudung 2 jahat atau baik and aku x cakap yg x bertudung tu jahat or baik.. sbb dorang manusia kn..x lari dari dosa..

p/s: oleh itu xpayah la nk jugde org dengan menilai personaliti org.. kenali dulu, define and action..baru lah boleh ckp atau mengkeji org.. as a women, aku percaya..sesungguhnye kecantikan seseorang tu bukan sebab die pkai tudung or xpkai tudung..bukan sebab gedik yang melampau..bukan sebab gedik dpn kemera.. tapi HATI.. bersih dari segala benda2 munafik..
jangan menghina orang sbb xbertudung..tgk sekeliling kita..patut kah kita menghukum orang sebegitu keadaan nye?

Wednesday, May 6, 2009

warga malaysia ku...

plz read this blog..
http://id-top.blogspot.com

mmg kurang ajar tahap cipan!!
sedar la la wahai bangsa-bangsa yang menumpang atas tanah melayu ni..