aku wanita itu
Aku mencari seorang insan bernama lelaki
Untuk menjadi pembimbing diri
Di kala hati ini masih kosong tidak berisi
Ajarkanlah aku amalan terpuji.
Pasti dirimu menjadi contoh di hati
Bagi seorang wanita bergelar isteri
Mengajar semua ajaran Ilahi
Supaya hidup akan diberkati.
Bukan darinya kekayaan yang kucari
Apatah lagi ketampanan yang kuimpi
Aku sekadar mencari cinta yang suci
Bagi meneruskan hidup di alam realiti.
Kesetiaanmu menjadi kunci
Dalam kita melayari hidup sehari-hari
Terlalu banyak kita diuji
Pastinya rumah tangga bertambah seri.
Bila dirimu tiada di sisi
Aku menjadi resah sendiri
Sudah pasti aku menghitung hari
Kerana kepulanganmu yang kunanti.
Hanya padaMu Tuhan ku memohon simpati
Temukanlah aku dengan pasangan yang berbudi pekerti
Kepada keluargaku sanggup dia berbakti
Demi menjalankan tanggungjawab yang diberi.
Seandainya dia jodoh yang telah tersurat daripada Ilahi
Aku menerima dengan senang hati
Harapanku biarlah aku menjadi miliknya yang abadi
Walaupun pelbagai rintangan harus kutempuhi.
No comments:
Post a Comment