Friday, April 24, 2009

Bukan Ukuran..Tapi Ukuran Jugak Penting!!

orang kate...UKUR LAH BAJU DIBADAN SENDIRI...istilah ni menunjukkan bahawa kesedaran diri tu penting!! X payah la sgt nak perasan HENSOM la...Xyah la nk rase diri tu HEBAT sangat.. BAGUS sangat..!! kalo yang ADO 2 tetap yg ADO jgk..kekekeke..
Ingat kan dah betul2 myesal dengan ape yg jadi..tapi sebenarnye hampeh!!! agenda utama adelah untuk memenangi hati pmpuan yang penah diharapkan untuk jadi GF.. pdhal.. terang2 dulu pmpuan 2 reject sebab saiz badan yang agak bulat n besar dgn muke yang ado!! hahahhaa.. kalo xsedar lg xtau la!!
ok...? kekekeke
(pasti ke dgn statement camni??)
mesti korang pelik kan dengan post aku ni kan??

xde benda yang nk dipelikkan..sbb ni kenyataan harian dlm hidup aku..
nk x nk aku terpakse gak la telan 1 per 1 perangai LELAKI PELIK dpn aku..
(cite ni hanya berdasarkan ape yg terjadi di sekeliling aku tiada kaitan dgn BF aku)
ok2.. let me start the story for you....
once sweet day..
aku terase diri aku ni dlm golongan pmpuan yg agak2 biase..
(x cantik..xgenius..xgedik)
>>bole la<<
sbb aku selalu sedar diri n aku sentiasa beringat "TIADA YG SEMPURNA DI DUNIA NI".
tapi aku pelik..
ade org yg terlebih rase n terlebih perasan..
budget hensom la..
budget maskulin sgt..
sanggup la berpaling tadah..
sanggup menipu
sanggup menyakitkan hati orang..
janji melangit..tapi tunai nye...? HAMPEH!!
>>bole ke camtu<<
bile nk judge org..pandai..
org 2 bodoh, orang ni banggang..
mencarut bukan2..
(sbb hilang kawalan sesaat)

Im very sure korang punya jawapan is cliché. Sebabnya..

”lawa, cantik, hemsem, body solid, barang baik all those thing la kan?” :P …so all that adalah yang membuatkan orang boleh jatuh cinta?

It maybe…tapi,korang pernah tengok tak odd couple?

Yang lelaki punya gemuk, yang girl cute slim. Yang lelaki hemsem, yang girl hitam legam, hangus. Yang girl putih melepak, yang lelaki pulak hitam legam? Haaa…I’m seriously met them, coz they are my friends. I know them! ;)

So, apa yang menarik perhatian mereka sehingga tidak memikirkan sebab-sebab cliche tadi? What they told me, :-

  • “Kalau lawa or hemsen sangat, nanti orang kebas!”
  • “tak tahu mengapa minat yang hitam!”
  • “Gemuk dia tu buatkan dia nampak cute.”
  • “Kalau lelaki putih nampak tak macho.”

Hah, ambik kau…hahaha macam-macam jawapan dia orang ni, ingat yang hemsem dan lawa je boleh menarik orang jatuh cinta? Yang sebaliknya pun boleh tau :lol:

"lets read diz story"

>>BEGITU MURAH UKURAN SEBUAH CINTA<<

Aku pernah mengenali seorang wanita yang amat dicintai seorang lelaki yang masih mencari wanita yang sempurna dalam hidupnya..Dahulu..lelaki itu, secara terang-terangan menyatakan sangat tertarik dengan perwatakan wanita tersebut walaupun melihat wajah wanita itu tidak secantik mana. Si wanita menjadi bingung. Keliru kerana dicintai dan disayangi oleh lelaki yang tiada sebab menerimanya. Tetapi si wanita itu tidak pula menolak cinta dan sayang lelaki itu. Si wanita masih seperti dulu. Melayan perbualan leleki itu hampir setiap hari. Berkongsi pelbagai suka dan duka dalam kehidupan. Daripada tidak mempunyai perasaan sayang terhadap lelaki itu, wanita itu akhirnya sedar yang dalam diam beliau turut mempunyai rasa yang sama seperti lelaki itu. Namun atas desakan hati dan ego yang meninggi, si lelaki meninggikan ego nya untuk mencari wanita yang sempurna n layak untuk bersamanya. perempuan itu sebenarnya keliru. dia bingung. dia tidak pasti. Wanita itu merasakan yang dia tidak layak untuk lelaki itu kerana berasa rendah diri dengan dirinya. Wanita itu merasakan bahawa beliau tidak cukup sempurna untuk lelaki itu. Maka beliau sentiasa cuba untuk lari daripada perasaannya sendiri.Namun lelaki itu masih lagi menagih kasih dan sayang wanita itu. Berkali-kali lelaki itu menyakinkan wanita tersebut yang cinta dan sayangnya tidak akan pernah berubah walau apapun jua bentuk fizikal wanita itu. Lelaki itu dengan penuh yakinnya menyatakan bahawa akan tetap terus menunggu selama mana pun hanya untuk memiliki cinta dan sayang wanita itu. Wanita itu berfikir. Berhari-hari wanita itu berfikir tentang lelaki itu. Memikirkan segala kata-kata dan janji manis yang diucapkan oleh lelaki itu. Masih cuba menyakinkan diri sendiri bahawa apa yang diperkatakan oleh lelaki tersebut adalah benar-benar ikhlas dan tidak berpura-pura dalam menyintainya. Namun begitu masih juga terselit perasaan takut dan curiga dihati wanita itu. Wanita itu takut lelaki itu akan berubah hati apabila suatu hari nanti bila dia akan menemui wanita yg lebih sempurna darinya. Dan perkara itu telah pun disuarakan wanita itu kepada lelaki itu dan lelaki itu dengan tegasnya berkata,”saya tetap bersama awak sehingga awak benar-benar menerima saya dan walau apapun keadaan awak saya tetap menerimanya,”.dan sampai sekarang wanita tersebut tidak pasti dengan lelaki tersebut kerana ape yang dia ingin tahu keberadaannya disisi laki tersebut..dan bertahun meniti hari bersama."


No comments: